Beberapa posting di Instagram jenama Rizman Ruzaini yang memuat naik foto penyanyi, Noryn Aziz mengenakan persalinan bak raja sehari mendapat perhatian netizen.

Anggun mengenakan busana dalam rona pastel, ucapan tahniah yang diberikan buat juara Gegar Vaganza musim ke-5 itu menguatkan lagi spekulasi hari ini merupakan hari bahagianya.

“NORYN AZIZ wearing Rizman Ruzaini Bridal Couture. Make up @sheila_mohamad Hijab stylists @tymfatimah.

IKLAN

“Congratulations Kak Noryn from the Rizman Ruzaini Team!,” tulis kapsyen pada foto berkaitan.

IKLAN

Sementara itu, jurusolek terkenal, Sheila Mohamad yang menata rias wajah Noryn malam ini turut berkongsi beberapa foto serta video penyanyi berkenaan.

IKLAN

Cantik Dalam Persalinan Rizman Ruzaini, Malam Ini Hari Bahagia Noryn Aziz? Cantik Dalam Persalinan Rizman Ruzaini, Malam Ini Hari Bahagia Noryn Aziz?

Bagaimanapun, tiada perincian mengenai sekitar majlis yang dikongsikan setakat ini.

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI