Kuala Lumpur Fashion Week 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Acara tahunan yang diadakan sekian lama ini akhirnya kembali memeriahkan dunia fesyen tempatan selepas tahun lalu acara tersebut hanya dilakukan secara maya disebabkan pandemik Covid-19.
Setiap kali minggu fesyen berlangsung, bukan hanya koleksi yang dipersembahkan oleh para pereka fesyen menjadi perhatian. Kelibat selebriti yang memeriahkan suasana turut mencuri perhatian. Penampilan mereka yang pastinya on-point dalam rekaan busana jenama tempatan menarik pandang lensa kamera dan juga mata yang memerhati.
Media Hiburan mengintai stail 10 selebriti yang anggun dalam pilihan busana masing-masing.
FAZURA
Sejak berhijab, aura selebriti serba boleh ini makin menyerlah. Dalam gambar ini dia menggayakan busana jenama Behati rekaan pereka fesyen muda, Kel Wen. Busana two piece ini sesuai sekali dengan penampilan Fazura sebagai seorang hijabi.
EYKA FARHANA
Si cantik manis pelakon drama Pretty Little Liars versi Asia ini tampil berani dalam persalinan rekaan Alia Bastamam. Padanan crop top dan skirt pendek diberi penegasan gaya menerusi gandingan blazer oversized yang mencetus keseimbangan.
NABILA RAZALI
Pelantun lagu Peluang Kedua ini tampil sopan dan bersahaja sesuai dengan persona seorang hijabi. Menggayakan busana Ezuwan Ismail, gaun labuh rona hijau tua dengan kemasan pleated menyerlahkan sisi femininnya.
Ads
WANY HASRITA
Wany tampil penuh playful dalam persalinan rekaan jenama Behati. Padanan kemeja oversized labuh bersama seluar jeans memberikan gaya bersahaja dan moden. Manakala pengayaan tudung rona merah jambu terang pula memberi penegasan warna kontras kepada busana rona kuning yang digayakan.
YAYA ZAHIR
Hos dan juga pemilik jenama fesyen Asly ini tampil dalam aura maskulin menerusi busana rekaan Hatta Dolmat. Gaya kemeja yang dipadankan bersama seluar dan kot labuh penuh corak sudah cukup menjeritkan statement fesyen seorang bintang.
DATUK SERI SITI NURHALIZA
Kehadiran penyanyi nombor satu negara ini di minggu fesyen semestinya menjadi perhatian. Siti Nurhaliza dilihat tampil menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini yang diadun menarik dalam gabungan sentuhan maskulin dan feminin. Padanan blazer dan seluar diberi kelainan dengan potongan bukaan skirt labuh di bahagian belakang.
Ads
SHALMA AINAA
Shalma tampil playful dan feminine menerusi pilihan gaya oleh jenama terkenal Mimpi Kita. Padanan kemeja dengan rekaan menarik berhiaskan sulaman jemeki dan labuci dipadankan pula dengan skirt potongan tidak simetri mencetus gaya yang tidak rigid.
IZARA AISHAH
Cantik sungguh Izara! Dia kekal dengan pendirian gayanya yang tidak mengikut bentuk tubuh. Ibu kepada seorang cahaya mata ini memadankan busana rekaan Larney bersama outerwear rekaan Alia Bastamam.
Ads
DAIYAN TRISHA
Malaysia Fashion Darling. Daiyan dan fesyen tidak dapat dipisahkan, dia sentiasa menjadi pilihan jenama-jenama antarabangsa mahupun tempatan. Untuk minggu fesyen ini, Daiyan menggayakan rekaan jenama Fizi Woo. Rekaan blazer dengan bahu besar dipadankan bersama seluar cukup menyerlahkan moden dan eksklusif. Ditambah pula dengan dandanan rambut yang cukup comel!
UYAINA ARSHAD
Pelakon dan pengacara ini menggayakan busana serba hitam rekaan Rizman Ruzaini. Penampilnnya diserikan dengan pilihan sarung tangan berenda dan juga beg tangan rona hitam bagi melengkapkan gaya keseluruhan.
Sumber gambar: Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar meluah rasa lega selepas dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.
Menurut Misha, ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yang telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Misha turut mengingatkan ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bila berhadapan dengan situasi serupa.
“Sesungguhnya hackers itu adalah benar. Kawan-kawan Kak Mitch semua, hati-hati ya. Ambil langkah berjaga-jaga. Semoga kalian terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik seperti ini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Misha turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah membantunya untuk mendapatkan kembali akaunnya itu.
“Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch! Hanya Allah saja mampu membalasnya. You know who you are!,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Misha dijangka bakal membuat persembahan di Anugerah Meletop 2022 yang bakal berlangsung malam nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap setahun arwah adik, Jefri Adzman pulang ke pangkuan Yang Maha Esa, Datuk Afdlin Shauki mengakui masih terkesan akan kehilangan.
Tidak pernah sehari terpadam kerinduan yang semakin membara.
Malah ada kalanya dia hampir terlepas laku apabila ingin menghubungi si adik tatkala menerima perkhabaran baik, namun segera kembali ke alam nyata bahawa adiknya telah meninggal dunia.
“Hari ni genap setahun adik saya Jefri Adzman pulang ke Rahmatullah. Rindu kepadanya masih tak terpadam dan makin membara. Such a beautiful soul yang berjiwa lembut dan sentiasa berfikir pasal hal ehwal orang lain.
“Sekali sekali bila excited atas perkhabaran baik atau ada masaalah menimpa diri ini secara otomatik nak angkat fon untuk call dia… tapi kemudian tersentak kerana hakikatnya dia sudah tiada bersama.
“I will always love you baby brother and yeop doakan Jep tenang di sana bersama roh-roh orang beriman. Al-fatihah,” kongsi Afdlin.
Pelakon dan pengacara, Norman Hakim meluahkan rasa lega apabila berkesempatan untuk pulang ke kampung bagi menziarahi ibu dan ayah sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Lembah Klang.
Menurut Norman, meski hanya dapat meluangkan masa hanya sekejap bersama keluarga di kampung, tetapi ia tetap amat bermakna buat dirinya.
“In shaa Allah see you another two weeks my ‘keramat hidup’ @kamariah.kamat . Dari Johor ke KL hantar family dan terus ke Kuantan.
“6 JAM masa yang sangat berharga dapat spent time dengan ayah dan mak sebab lepas ni anak dia dah kena kuarantin untuk PKPB,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Mingguan Wanita itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Norman turut mendedahkan segala persiapan ubat-ubatan buat kedua ibu-bapanya itu juga telahpun dipersiapkan sepanjang ketiadaannya nanti.
“Misi untuk hantar ubat-ubat ayah & alhamdulillah sempat jamah air tangan mak untuk dinner & sempat potong kuku tangan kaki diorang.
“Kepada yang ber’PKPB’ harap sama-sama kita dapat bertabah. Harap sempat la sampai KL sebelum pkl 12am hihi,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Norman itu selain turut mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...