
Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff menyifatkan anak sulungnya itu sebagai seorang anak yang baik keperibadiannya luar dan dalam.
Sambil menyatakan rasa kasih, Maslinda juga melihat isteri kepada aktor, Aiman Hakim Redza itu sebagai anak yang bertanggungjawab.
“Anda cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat. Sayang kamu sangat kak,” tulisnya.
Hantaran pada Isnin yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris itu turut menerima reaksi positif daripada para pengikutnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Masuk Operation Room Sebentar Tadi,” – Rita Sosilawati ‘Update’ Proses Bersalin Fasha Sandha

Usahawan yang juga rakan baik kepada aktres Fasha Sandha, Rita Sosilawati memaklumkan sahabatnya itu sudah pun memasuki dewan bedah sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan Rita menerusi entri terkininya di Instagram.
“Sempena hari Jumaat yang barokah ini…. jom kita sama2 doakan agar @fashasandha dipermudahkan urusan melahirkan Baby A.
“Beliau dah masuk operation room sebentar tadi. Doakan ibu dan Baby selamat. Amin ya rabbal alamin.
“Dia ada bgtahu dia memang x ready lagi… but ALLAH knows best,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
Terdahulu, Fasha dan suaminya, pelakon Aidil Aziz itu sebelum ini pernah mendedahkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata perempuan.
Sebagai rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Semoga urusan bersalin anak ketiga Fasha dipermudahkan.
Foto: Instagram Rita Sosilawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jujur, Awak Pun Adalah Pelakon Yang Sangat Baik,” – Suksesnya Watak Pali, Syazwan Zulkilfy Puji Mira Filzah

Ketika ini, rata-rata pencinta drama tempatan cukup berminat mengikuti drama rantaian terbaru menerusi slot Akasia, Pujaan Hati Kanda.
Drama lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah itu menjadi bualan ramai, lalu trending menerusi media sosial.
Bukan hanya jalan ceritanya yang menarik, malah lakonan para pelakonnya juga turut menjadi perhatian.
Misalnya Reen Rahim yang mendukung watak sebagai Su, Sarah Hilderbrand sebagai Nadine dan Syazwan yang memainkan watak sebagai Pali.
Menerusi sebuah posting video Syazwan Zulkifly menerusi Instagram, pelakon itu telah berkongsi kembali sedutan video heroin drama berkenaan, Mira Filzah yang memuji karektor Pali yang dijayakannya.
Lalu, Syazwan menitipkan perkara sama buat Mira.
“Secara jujur, awak pun @mfmirafilzah adalah seorang pelakon yang sangat baik. Jika saya seorang saja yang memberi bak kata awak, dan awak hanya menerima saja, ianya pun tak kan menjadi.
“Tapi kerana awak juga turut memberi, alhamdulillah, bukan kita saja, penonton yang menonton juga turut terkesan.
“Thank you Mira kerana banyak memudahkan saya untuk membawa karekter #pali ini sepanjang pegambaran dijalankan.thank you very much,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on
Pada masa sama, para peminat juga turut memuji watak hitam yang dijayakan bintang tersebut.
Foto: Instagram Syazwan Zulkifly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Air Liur Dah Bersepah Tu Kak Pompom,” – Fasal ‘Fake’, Elly Mazlein Buat Netizen Tersembur, Babak Drama Kau Yang Pertama

“Dia memang fake sebenarnya”, itu kata-kata yang cukup ternyiang di telinga apatah lagi bila melihat mimik muka bintang versatil, Elly Mazlein.
Perkongsian babak lucu drama lakonannya, Kau Yang Pertama nyata menghiburkan dan aktres ini turut mencipta tanda palang #anehaneh di laman Instagramnya.
“Kakak zaza ckp ” Dia mmg Fakeeeee #AnehAneh.
“Yeayyyyyyy ari ni da 2 episode #Kauyangpertama Slot #akasia.
“Jgn lupa dating dgn kakak lina & smua barisan pelakon #Kauyangpertama ya.
“Yg x menahan tu ari ni 1st episod, macam biasa, ptg ni jam 7 mlm,setiap ari Isnin hingga Jumaat hanya di #Tv3 pommmmmmm @dramasangat #dramasangat agitchuuuuuu,” tulisnya bersama babak yang dimaksudkan.
View this post on InstagramA post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on
Terhibur dengan keleteh lucu ibu kepada seorang anak ini, netizen meninggalkan reaksi di ruangan komen.
Drama rantaian, Kau Yang Pertama bersiaran menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.
Selain Elly, drama 28 episod berkenaan turut dibarisi Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Tasha Shilla dan ramai lagi.
Foto : Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI