Satu posting terkini daripada penyanyi, Intan Sarafina di Instagram mencuri perhatian para peminat.
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya pada Ahad, peserta program Gegar Vaganza musim ketiga itu tampil menggayakan imej berhijab sambil mengukir senyuman yang dirakam secara ‘selfie’.
“Just smile dan say Alhamdulillah,” tulis Intan ringkas pada ruangan kapsyen.
Lantas, ramai yang memuji penampilan bintang berusia 39 tahun itu dan turut sama tumpang gembira.
Dia pada masa sama turut menukar foto utama pada profil akaun Instagram miliknya @intansarafina dengan meletakkan foto memakai hijab rona kelabu.
Sejingga kini, entri tersebut sudah pun mendapat lebih 3,000 tanda suka.
Foto: Instagram Intan Sarafina