Pelakon Zalif Sidek,36, yang akan menamatkan zaman bujang hari ini menitipkan dedikasi indah buat bakal isteri, Anis Marzuki,24.
Menerusi satu perkongsian panjang di Instagram, Zalif mendoakan agar perjalanan hari bahagianya berjalan dengan lancar.
“Semoga Dipermudahkan segalanya & doa yang baik baik mengiringi kite esok untuk kite bersama mulakan satu lagi fasa bru dalam hidup kite sebagai suami isteri.
“Akhirnya Allah SWT hadiahkan you gantikan arwah Papa untuk i yang kite baru kenal 10 bulan & dijodohkan oleh kedua belah keluarga.
“Cantik rupanya perancangan Allah SWT & moga kite semua berpimpin tangan Bahagia Hingga Ke Pintu Syurga. Amin YRA,” tulisnya.
Pelakon drama Mempelai Panda ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan kebahagiaan buat mereka.
“Saya dan seluruh keluarga memohon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP di Kuantan Pahang hanya benarkan max 360 pax tetamu sahaja untuk kedua pasangan keluarga memandangkan kes Covid-19 masih meningkat.
“Jutaan terima kasih buat semua keluarga, saudara mara yang jauh atau tak dapat hadir mendoakan kesejahteraan & kebahagian kami. Amin YRA.
Ads
“Terima kasih juga buat sahabat, produser & semua kenalan industri kreatif & fan Media sosial yang mendoakan ucap tahniah & kebahagiaan kami. Amin YRA.
“Jutaan terima kasih juga buat semua rakan media TV, radio, cetak, elektronik dan blogger yang mendoakan untuk kesejahteraan & kebahagiaan kami bersama juga. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Zalif pada awalnya mahu hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri.
“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” katanya.
Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan mengenai perkongsian yang pernah dilakukannya sebelum ini berkenaan hubungan rapat yang pernah terjalin bersama bekas rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, dia tidak berniat untuk kembali membuka cerita lama.
Sebaliknya, penyanyi lagu Amaran itu hanya menjawab soalan yang ditanya oleh penyampai radio ketika memenuhi undangan ke konti, baru-baru ini.
“Sebenarnya, ceria tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.
“Sebab saya sendiri pernah kongsinya dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nana tidak menafikan arwah merupakan rakan duet yang paling serasi dengannya.
“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat.
“Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.
“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syamel dilihat berdiri sebaris dengan susunan kopi tersebut seolah-olah menjadi ahli kumpulan BTS yang ke-8
Tambah Ernie lagi, dia amat meminati seluruh ahli kumpulan tersebut namun menyifatkan harus memilih kopi yang mempunyai wajah Jin kerana seusia dengannya.
Jin fer lyfe. (I stan everyone okay. Tak tahu pilih yang mana so I chose yang sebaya la lol 😂) pic.twitter.com/NioxHxOQUd