Semalam, salah seorang anak teruna kepada pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly, Luth Mikhail ada memuat naik foto bersama teman wanitanya menerusi Instagram.
Menerusi foto throwback itu, ramai yang kagum dengan hubungan akrab keduanya dari dulu hingga kini.
Malah tak kurang yang memberi dedikasi ucapan tahniah serta menyataan akan perbezaan wajah yang ketara terhadap keduanya dulu dan kini.
Pada masa sama, ramai juga yang memuji gadis berkenaan yang dianggap cantik dan sepadan.
Foto: Instagram Luth Mikhail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Lagu Penyanyi Usia 6 Tahun Jadi Trending Nombor 1, Eddie Hamid Puji Tantari – “Suaranya Unik, Sesuai Bawa Lenggok Lagu 90-an.”
Nama penyanyi cilik, Tantari menjadi sorotan apabila lagu Rindu Hatiku Rindu nyanyiannya menjadi trending dengan berjuta tontonan yang diraih menerusi YouTube sejak ia dimuat naik hampir sebulan lalu.
Baru berusia enam tahun, Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian sebelum ini mula mendapat perhatian apabila video persembahan dia menyanyikan lagu popular 90’an, Cinta Melankolia telah dikongsi ke akaun TikTok LoyyGoji sehingga menarik lebih 300,000 tanda suka (likes).
Atas nama rezeki, Tantari juga dilamar oleh Molek fm dengan kerjasama Nova Music untuk merakam lagu sulung, Rindu Hatiku Rindu, ciptaan komposer Eddie Hamid manakala liriknya dihasilkan oleh Jaju dan Hakim Hakimi.
Dilancarkan pada 15 Februari lalu, lagu tersebut mengimbau kembali melodinya yang seakan lagu era 90-an dan turut jadi trending di YouTube TikTok.
Menurut Eddie, pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, dia terus tertarik dan tahu lenggok lagu yang macam mana penyanyi cilik itu sesuai bawakan.
“Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik yang sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada.
“Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie.
Dia pada masa sama tak menyangka lagu Rindu Hatiku Rindu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa.
Menurut bapanya, Mohd Alfian Othman, bakat nyanyian anaknya itu dikesan sejak dia berusia dua tahun lagi dan lagu pertama yang dia nyanyikan di hadapan keluarga ialah lagu 60-an iaitu Oh Fatimah.
“Tantari mula berani menyanyi di hadapan orang ramai sewaktu berumur enam tahun apabila dia menyertai pertandingan nyanyian ‘Idola Kecil’ mula-mulanya di peringkat pra-sekolah, kemudian ke peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor. Untuk ketiga-tiga peringkat ini, dia mendapat tempat pertama.
“Sebagai bapa, saya bersyukur sebab ramai yang suka dengan nyanyian Tantari. Kalau ikutkan, saya ni tak adalah suka menyanyi lagu rock kapak, ada lagu-lagu tertentu saja. Tantari suka menyanyi lagu berjiwa rock disebabkan saya ada bekalkan sound system di rumah orang kahwin,” katanya yang tidak fikir panjang apabila mendapat tawaran Eddie Hamid untuk merakan lagu buat anak sulungnya itu.
“Saya terus terima sebab saya berani katakan yang anak saya mampu buat dan alhamdulillah diizin Allah dan sekarang inilah hasilnya. Dari sentuhan terbaik komposer terkenal Eddie Hamid, Alhamdulillah.
“Sewaktu dalam studio, Tantari tak mengambil masa lama untuk rakaman kerana pihak Nova Music mahu terbitkan lagu itu dalam had waktu yang diberikan,” katanya.
Malah, Tantari juga tidak mengikuti kelas vokal sebelum menjalani proses rakaman kerana semua persediaan dilakukan di rumah sahaja.
“Saya tak hantar dia ke kelas vokal sebab kami bukan dari keluarga senang nak hantar ke kelas vokal atau kelas muzik yang menelan belanja besar. Dia hanya kerap buat latihan di rumah dan disamping itu, kita menjaga waktu rehat, pemakanan dan kesihatannya.
“Antara pelajaran dan seni, sejujurnya kami seimbangkan keduanya sebab pelajaran penting termasuk ilmu agama yang perlu dititikberatkan. Dari segi penglibatan dia dalam aktiviti seni, minat dan bakat perlu ada.
“Pada saya, bakat yang ada pada dia adalah anugerah daripada Allah, jadi kita gunalah sebaiknya. Apa yang kita dapat semuanya adalah pemberian daripada Allah dan yang penting kita guna ke arah kebaikan,” tambahnya lagi.
Rindu Hatiku Rindu nyanyian Tantari kini boleh didengar di semua pelantar penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music dan video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Normal Delivery Atau Kena Potong Perut. Kalau Boleh Tak Nak Bedah,”- Kandungan Dilaporkan Songsang, Datin Almy Nadia Pohon Doa Agar Bayi Selamat
Pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan dia harus membuat keputusan sama ada ingin melahirkan kandungannya itu secara normal atau melalui pembedahan.
Ia berikutan selepas doktor memaklumkan kandungannya itu kini berada dalam keadaan songsang.
Perkhabaran tersebut telah dikongsikan oleh Almy menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on
“Harini g check up. Kandungan 36minggu 3 hari. Doc ckp baby songsang. Minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi, if baby tak duduk di kedudukan nya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawapnya.
“Doakan saya dan baby sy berada dikedudukan yg betul yer semua. Jadi nerbes bila doc ckp nak kena bedah sebab 2 anak saya normal delivery. Jadi klu boleh taknak la nak kena bedah2 ni. Doakan sy agar selamat semuanya ya,” tulisnya.
Tambah Almy lagi, dia memohon agar orang ramai mendoakan keadaan kandungannya itu dan berharap agar bayi dapat berada dalam kedudukan yang betul.
Melihat diruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Almy dapat melahirkan bayinya itu dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
Dikesempatan ini, MH turut ingin doakan semoga segala urusan Almy dipermudahkan dari awal hingga akhir. Diharap agar semuanya baik-baik sahaja. Amin.
Foto: Almy Nadia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saat Dia Pergi, Saya Pegang Anak Arwah,”- Achey Kongsi Kisah Arwah Abam, Rancang Tambah Anak
Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
View this post on InstagramA post shared by AstroAwani (@501awani) on
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Foto/Sumber: Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI