Sesiapa sahaja yang melihat Damian pasti menyangka yang dia seorang perempuan kerana raut kecantikan wajahnya laksana seorang supermodel. Namun percayalah dia seorang jejaka yang bertuah kerana mewarisi genetik ibunya yang merupakan seorang pelakon, model dan juga usahawan terkenal, Elizabeth Hurley.
Merupakan anak tunggal Elizabeth Hurley hasil perhubungan dengan jutawan, mendiang Steve Bing, Damian membesar bersama ibunya seumur hidup. Ini disebabkan dia merupakan anak yang dilahirkan luar nikah, dan ujian DNA terpaksa diambil bagi mengesahkan yang dia merupakan anak mendiang.
Pada pertengahan Julai tahun ini namanya telah dibuang dari senarai untuk menerima harta warisan keluarga sebelah bapanya oleh datuknya hanya kerana dia dilahirkan luar nikah dan mendakwa bahawa Damian tidak pernah dibesarkan dalam keluarga mereka mahupun bertemu dengan mendiang ayah kandungnya sendiri.
Akibat tindakan datuknya itu, dia terlepas untuk mewarisi harta keluarga untuknya yang bernilai lebih RM1 billion. Untuk pengetahuan pembaca, moyang Damian di sebelah bapanya merupakan seorang pemaju hartanah berjaya yang memulakan empayar di New York sekitar tahun 1920an lagi.
Berusia 19 tahun kini, dia memulakan langkah di dalam dunia seni ketika berusia 14 tahun apabila dipilih untuk memegang watak sebagai Prince Hansel von Liechtenstein di dalam siri popular, The Royals, terbitan E!. Pada tahun 2018 dia bernaung di bawah agensi peragaan Tess Management dan bermula tahun 2020 telah direkrut untuk bernaung di bawah agensi peragaan terkenal dunia, IMG.
Tahun lalu dia telah menghiasi kempen produk kosmetik Pat MacGrath Labs bergandingan bersama supermodel, Irina Shayk. Dengan ketinggian 185cm, tidak mustahil dia bakal bergelar supermodel lelaki ulung pada masa akan datang.
Sumber gambar: Instagram Damian Hurley
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI