Nama Izara Aishah jadi perhatian di ruangan komen Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas penyanyi tersohor itu berkongsi sekeping gambar bersama menantu dan Prof. Muhaya pada majlis ilmu di rumah keluarganya.
Penampilan Izara yang bertudung labuh disifatkan sebagai cukup menawan dan sejuk mata memandang.
“Alhamdullillah.. semalam yang sangat indah .. Terima kasih daun keladi @profmuhaya kerana sudi datang ke teratak kami & berkongsi ilmu.. Semoga Allah SWT yang membalasnya… ❤❤❤.
“#Repost @tyaarifinnw with @make_repost Dari pukul 8pm hingga 1am. Tidak terasa waktu begitu cepat berlalu. Syukur Alhamdulillah bisa menghabiskan waktu bersama Prof Muhaya dan keluarga. Terimakasih Prof Muhaya atas cerita, pengalaman, ilmu nasihat dan semuanya, insyaallah kita berjumpa lagi ❤ Dan terimakasih juga Prof Muhaya sudah jatuh cinta dengan Jamu Mutyara.”
Pengacara dan pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf mendedahkan dia sebenarnya sudah mula terfikir untuk tidak lagi menggunakan gelaran ‘Imam Muda’ memandangkan usianya kini sudah hampir menjangkau 40 tahun.
Menurut Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, meskipun nama tersebut sudah sinonim dengan dirinya, namun, dia mahu memberi laluan buat generasi-generasi baru untuk meneruskan tanggungjawab tersebut.
“Ini yang saya nak ceritakan, daripada tahun 2010 sampai 2022 orang panggil saya Imam Muda. Dah 12 tahun dah. Daripada Imam yang muda sampaikan dah tua. Ada juga yang tanya sampai bila nak guna gelaran itu?
“Nak tarik ‘hand break’ atau letak jawatan macam poyo pula. Ini bukan jawatan yang diberikan oleh Sultan atau universiti.
“Tetapi bila difikirkan semula, ramai lagi pewaris dari kalangan anak-anak muda, maka saya fikir perlu untuk saya menghulangkan gelaran yang dah tak sesuai untuk saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh juara program Imam Muda musim pertama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Asyraf juga sempat berseloroh mengenai nama baharu yang mungkin akan diguna pakai olehnya selepas ini.
“Dah tua dah dan anak pun dah tiga orang dah. Umur juga nak masuk 40 tahun dah. InsyaAllah mungkin lepas ni akan tukar gelaran lain seperti Asyraf Official, Asyraf Tiger, Asyraf Dragon atau apa-apa sahajalah.
“Walaupun dah melekat dan nak ubah pun susah sebab orang yang bertahun panggil sebegitu, tapi rasanya kurang sesuai dah.
“Semoga Allah berikan kebaikkan dan sejarah ini tetap terpahat di hati saya sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Asyraf memaklumkan dirinya tidak kisah mengenai panggilan tersebut asalkan ia disertakan dengan doa yang baik-baik.
“Saya ‘OK’ saja hendak dipanggil apa. Imam Muda ka Imam Tua ka, Ustaz ka, Bro ka, Acab ka, Imam saja ka, Pakcik Asyraf ka, Encik Asy ka. Tak kesah.
“Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik,” akhirinya.
Sekadar informasi, Asyraf telah dinobatkan selaku juara bagi program Imam Muda musim pertama pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Imam Muda Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min-ho mengakui hatinya sangat tersentuh dengan sambutan hangat yang diberikan peminat di Malaysia.
Teruja dengan sambutan yang diberikan, aktor yang terkenal menerusi drama bersiri Boys Over Flower itu tidak menyangka masih diberi kesempatan kembali ke Malaysia dan bertemu dengan para peminatnya.
“Kali terakhir saya berkunjung ke sini pada tahun 2016 dan masa berlalu sangat pantas.
“Walaupun selepas enam tahun, saya masih menerima sambutan hebat daripada peminat di sini.
“Terharu dan gembira melihat mereka yang menyambut kedatangan di lapangan terbang tempoh hari,” katanya kepada MH.
Min-ho ditemui pada majlis sidang media sempena Konsert Ulang Tahun ke-8 Cuckoo di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Sabtu.
Menurut aktor tinggi lampai itu lagi, hatinya juga tersentuh apabila ada peminat yang menyatakan terlalu merinduinya ketika tiba di lapangan terbang tempoh hari.
Dalam sidang media tertutup itu juga, aktor berusia 35 tahun itu berkata dia terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana projek bersama selebriti tempatan satu hari nanti.
“Sebaik melangkah keluar dari pesawat, saya ternampak tulisan daripada peminat yang meluahkan kerinduan.
“Hati saya sangat tersentuh. Peminat dari Malaysia sangat baik.
“Saya sangat berbesar hati menggalas tugas sebagai duta Cuckoo dan tidak akan menolak sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan orang Malaysia lagi selepas ini,” katanya lagi.
Berkongsi tentang perkembangan kerjaya, Min-ho berkata dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Ask The Star dan Pachinko yang bakal memasuki musim kedua.
Sementara itu, ketika berada di pentas utama, Min-ho turut mengundang ‘histeria’ peminat apabila mengungkapkan beberapa potong ayat dalam bahasa Melayu.
“Apa khabar, saya rindu padamu dan aku cinta padamu,” katanya sebelum disahut sorakan gemuruh daripada penonton.
Selain penampilan istimewa Min-ho, kira-kira lebih 9,000 penonton yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan duta Cuckoo Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini, band Floor88, Aina Abdul, Amelina, Naqiu dan Misha Omar.
Konsert yang bertemakan Appreci8th (penghargaan) itu merupakan acara julung-julung kali diadakan bagi meraikan pelanggan setia jenama perkakasan rumah itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi rakaman sewaktu menjadi tetamu jemputan di sebuah stesen radio tempatan, pelakon Atikah Suhaime ada mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman, selain berkongsi hal kerjaya.
Jelasnya pelakon Volkswagen Kuning ini, dia impikan lelaki yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan terbuka soal umur.
“Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang.
“Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakan.
“Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit,” seloroh Atikah sambil ketawa.