Baru-baru ini jurusolek dan ahli perniagaan terkenal, Dato’ Alha Alfa berkongsi kepada umum hasil solekan dan riasan yang dilakukan terhadap wajah pelakon terkenal, Puteri Balqis.
Dalam kedua-dua video tersebut, pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Asian Television Award itu dirias anggun dengan solekan yang menampilkan nuansa merah jambu lengkap dengan solekan mata cat eye.
Melengkapkan lagi penampilan keseluruhan, Puteri Balqis turut mengenakan sebuah mahkota dan anting-anting sekaligus memberikan aura gaya penuh kemewahan.
Dalam hantaran video pertama, Dato’ Alha Alfa menulis di kapsyen, “Cuba teka siapa? Siapa nak tutorial? Semestinya menggunakan set kosmetik AlhaAlfa.”
Ads
Puteri Balqis turut dilihat memberikan komen pada hantaran tersebut. “Terima kasih ya Dato’. Terima kasih team Alha Alfa yg menyambut Aqish dan ibu dengan sangat baik. Terima kasih penyokong-penyokong Aqish. Aqish hargai kalian sangat-sangat,” tulisnya
Selain itu dalam satu lagi komen di video tutorial solekan berkenaan, pelakon hebat berusia 17 tahun itu turut berkongsi pengalamannya
Ads
“Aqish puas hati. Lepas bersihkan makeup, muka Aqish takde tumbuh jerawat kecil langsung Biasanya kalau makeup tak kena dgn kulit Aqish, bahagian tepi dahi dan dagu akan tumbuh banyak jerawat kecil. Nak hilang ambil masa berminggu. Kali ini muka Aqish clear,” kongsinya
Sehingga kini kedua- dua video tersebut telah menerima lebih 80 ribu tanda suka dan sudah ditonton hampir 1.1 juta kali.
Ads
Rata-rata warga net meninggalkan komen terpesona dengan teknik solekan Dato’ Alha Alfa dan kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Puteri Balqis. Ada warganet yang menyatakan dia kelihatan seperti Fasha Sandha tidak kurang juga seperti Puteri Raja Thailand.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pihak pengurusan penyanyi, Siti Sarah Raissuddin iaitu Indigital Music Sdn Bhd tampil memberikan penjelasan mengenai mengenai apa yang berlaku melibatkan Siti Sarah dan suaminya, Shuib yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Setakat ini, Nana Mohamad Rom selaku pengurus kepada penyanyi berkenaan menerusi satu kenyataan media memaklumkan pihak Sarah tidak boleh memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara.
“Untuk makluman, hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.
“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.
“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” jelas Nana.
Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti itu dipercayai telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.
Difahamkan, pasangan selebriti itu dikatakan turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, tengah hari tadi untuk diambil keterangan membabitkan kes berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama episod Rindu Kasih yang baru sahaja melabuhkan tirainya masih lagi diperkatakan peminat susulan ramai yang berpuas hati dengan pengakhiran cerita yang ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 itu.
Rata-rata memberikan reaksi positif, tak kurang yang turut memberikan pujian terhadap lakonan para pelakon di dalam drama 15 episod berkenaan.
Antaranya ramai yang memuji kualiti lakonan yang dibawa Ummi Nazeera yang mendukung watak sebagai Salina atau Ina yang dipenjarakan kerana mencuri.
Menerusi video tular yang dimuat naik seorang individu di Tiktok juga, Ummi kelihatan mengenakan pakaian banduan dengan tangan bergari bersama seorang anggota polis sedang membantu memandikan jenazah ibunya di dalam salah satu babak.
Ramai yang turut sama simpati ketika menonton babak berkenaan seolah-olah ia betul-betul terjadi.
Bagaimanapun, Ummi mampu menjayakan watak dengan hanya menggunakan imaginasi sendiri kerana ibunya, Shida (Amyza Aznan) tiada di dalam babak berkenaan namun ia berjaya dilakukan dengan menggunakan teknik kamera.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji lakonan bintang berusia 32 tahun itu.
“Ya Allah hebat lakonan, dia boleh hayati watak dia sampai menangis tanpa ada pelakon lain.”
“Tolonglah bagi anugerah kat Ummi. She deserved it!”
“Hebat betul boleh pegang watak. Kalau letak teddy bear kat situ tak boleh ke? Hahaha.”
“Aku nangis tengok lakonan dia. Tapi ni aku lagi tambah nangis sebab kena scam hidup-hidup. Terbaik lakonan mereka.”
“Lah tak ada orang rupanya. Hebat betul edit, salute kat Ummi. Nampak real gila.”
“Gini rupanya dia buat sampai teresak-esak kita menangis. Kalau la aku yang jadi polis tu, mahu tergolek gelak kat situ.”
Selain Ummi Nazeera dan Amyza Aznan, drama arahan Pali Yahya itu turut dibarisi pelakon lain antaranya Izzue Islam, Nafiz Muaz, Arash Mohd, Ezzati Abdullah, Meor Mohd dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sangat romantis! Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila Aeril Zafril membawa isterinya, pelakon Wawa Zainal ‘terbang’ ke Maldives sebelum Wawa melahirkan anak ketiga mereka, tidak lama lagi.
Menerusi Instagram, Aeril ada berkongsi beberapa foto momen sekitar keberadaan mereka di destinasi percutian terkenal dunia itu.
“Sebelum dia tak boleh fly sebab sarat mengandung, kita bawak dia jalan-jalan dulu,” tulis Aeril menerusi salah satu entri foto.
Malah, Wawa secara seloroh juga ada bertanya kepada suami, di manakalah lokasi cuti seterusnya memandangkan dia masih ada kira-kira dua bulan saja lagi untuk berliburan sebelum berpantang.
Serentak dengan perkongsian foto tersebut, para peminat memuji sifat kasih sayang yang ada pada Aeril dan ada yang menyifatkan keduanya sebagai pasangan yang boleh dijadikan inspirasi.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini sudah pun dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Aeril Zafriel, Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!