Beberapa posting yang dimuat naik ahli perniagaan sensasi, Nur Sajat mendapat perhatian netizen ketika ini.
Ada tidaknya, foto dan video yang merakamkan aksi Sajat yang mengenakan gaun ala pengantin dalam rona putih lengkap bunga tangan mengundang telahan pelbagai di kalangan pengguna media sosial.
Malah menerusi satu entri video, Sajat yang pernah muncul menerusi single Makhluk Penggoda itu juga seolah-olah membayangkan hari bahagianya akan tiba tidak lama lagi.
“Nantikan hari bahagia saya…,” tulisnya pada video yang dikongsi.
Perkongsian luahan yang dibuat aktres Rita Rudaini mencuri perhatian susulan ia seolah-olah sebagai peringatan dan pesanan kepada seseorang.
Menerusi hantaran di Insta Stories, Rita berpendapat keperibadian orang sekeliling sebagai penting demi mengelak kita daripada menjadi manusia yang busuk hati.
“Sebab tu aku pilih orang keliling atau pasangan kita tu penting. Kalau sekeliling atau sebelah kita tu hati busuk bangkai, tak kan tak melekat bau tu dekat kita.
“Bila hati kau dah membusuk dan berulat.. babi hutan depan kau pun, kau nampak macam british short hair,” tulisnya.
Malah, bintang filem Mami Jarum itu turut memberi bayangan bahawa individu yang diperkatakan seperti tidak mempunyai rasa bersalah atas setiap perlakuannya sebelum ini.
“Bila kau dah bertahun-tahun buat taik pun kau rasa kau tak pernah salah. Maknanya kau ada masalah hati.
“Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah. Kalau kau boleh kongsi life kau kat mesia sosial, kenapa kau nak pertikai apa yang aku kongsi?
“Aku pun ada hidup aku dengan anak-anak aku yang aku rasa, suka hati aku nak kongsi atau tidak. Ke ada sesuatu yang tak selesai sampai kau terkesan?,” luahnya lagi.
“Hati-hari dengan doa orang yang teraniaya. Mark my words.
“Dengan orang lain, dengan kawan-kawan, dengan bos kau, kau bolehlah kencing sampai hancing. Kaulah terpaling betul. Tapi dengan Tuhan…,” kongsi Rita.
Pelakon tersebut bagaimanapun tidak memberikan perincian secara jelas mengenai kepada siapakah hantaran tersebut ditujukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mahu memberi peluang dan sokongan kepada bakat baharu industri muzik tempatan antara faktor utama mereka menjadi pilihan untuk beraksi dalam konsert yang dianjurkan.
Perkara itu dinyatakan oleh orang kuat syarikat pengeluar LPG, AC Gas yang menjadi penaja konsert SuriaVolusi pada bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, mereka membuat permintaan itu kepada stesen radio Suria FM kerana faham susah payahnya bagi orang baharu memulakan langkah sebelum berjaya.
“Kami pernah melalui fasa mencabar ketika masih baharu memulukan perniagaan sekitar 2016 termasuk berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Saya tahu, sebagai orang baharu juga ramai yang belum percaya dengan kebolehan kita dan tidak tahu apa yang kita mampu lakukan,” katanya dalam sidang media sempena konsert SuriaVolusi anjuran Suria FM baru-baru ini.
Lantaran itu, Nik Mohd Fareez berkata pihaknya meminta Suria FM supaya memilih bakat baharu di samping bintang otai dalam konsert yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Petaling Jaya dan Kota Bharu.
Baginya, anak muda yang mahu memulakan tapak dalam industri muzik perlu diberikan sokongan dan ruang supaya mereka lebih menyerlah.
“Seperti AC Gas juga ketika mahu memulakan tapak ada yang sangsi dengan kami namun setelah diberikan kepercayaan kami semakin dikenali dan menjadi pilihan pengguna.
“Alhamdulillah kami sudah mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan melalui kilang kami di Meru,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM DJ Lin turut menyambut baik permintaan AC Gas itu dan mengakui stesen radio berkenaan turut mempunyai pendirian yang sama.
Dia berkata, Suria FM sentiasa memberikan peluang kepada artis baharu meskipun mereka belum menempa nama sehinggalah sudah dikenali.
“Di Suria FM kami tidak pernah pilih bulu. Semua penyanyi kami layan sama rata dan menyediakan peluang untuk mengetengahkan karya mereka.
“Ini termasuk dalam setiap acara dan konsert kami seperti siri jelajah sebelum ini yang sentiasa membabitkan bakat baharu, artis muda dan senior,” katanya.
SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal berlangsung pada 21 dan 28 Oktober ini masing-masing di The Curve, Petaling Jaya serta di KB Mall, Kota Bharu Kelantan.
Antara barisan artis popularyang terlibat ialah seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.
Manakala barisan bakat baharu yang turut menjadi pilihan ialah Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah dan Asraf Nasir
Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata, AC Gas berminat untuk menaja konsert SuriaVolusi kerana kesan positif selepas beberapa kali menyertai program anjuran Suria FM.
Akuinya, stesen radio itu membantu jenama syarikatnya AC Gas dikenali termasuk membabitkan peningkatan dari segi jualan.
“Kami sudah bersama Suria FM dalam banyak program sebelum ini dan terbukti memberikan impak yang baik kepada AC Gas dan kami percaya dengan kemampuan mereka membantu meluaskan perniagaan kami.
“Lebih menarik, kami juga bakal muncul dengan satu projek mega bersama Suria FM bagi tahun 2024 yang belum pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.
AC Gas juga bakal berkongsi rezeki dengan pengunjung di dua lokasi konsert SuriaVolusi membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai.
Kota Bharu juga menjadi pilihan kerana ia menjadi lokasi penubuhan syarikat itu dan AC Gas mula menapak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Lisdawati mengakui dia sudah banyak membuang atau membakar foto-foto lamanya.
Malah, Lisdawati atau nama penuhnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, turut mendedahkan, dia turut memohon maaf seterusnya meminta peminat agar tidak menyiarkan gambar lamanya.
Katanya, kalau mahu simpan, ‘conteng’ sikit mana yang perlu. Perkara itu dikongsikan bintang KL Menjerit ini menerusi satu posting terkininya di Instagram pada Ahad.
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit.
“Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu.
“Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu,” katanya.
Pada masa sama, dia juga turut berdoa agar cerita lamanya juga tidak disiarkan.
“Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy. Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua,” tulis pelakon ini lagi.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, posting tersebut menerima reaksi pelbagai peminat.
Foto: Instagram Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...