Selepas lebih seminggu melahirkan anak sulung, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi sekeping foto sedang memangku bayi lelaki yang menjadi permata hatinya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.
Memuat naik foto sejurus bersalin di Instagram itu, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail menitipkan ucapan selamat buat para peminatnya awal semalam.
“Good night semua from us,” tulis Emma ringkas.
Sebelum ini, pelakon berkenaan telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya itu kira-kira jam 2.38 pagi, 8 November lalu dan turut membuka akaun IG, @eslovestory khusus bagi berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak serta mengucapkan selamat berpantang buat Emma.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pick Up Line Ke Ni?”, – Remy Ishak Kongsi Foto Cedera, Mira Filzah Ditanya Bagi Pickup Line?
Kecederaan teruk di bahagian muka yang dikongsi di laman Instagram menyebabkan ruangan komen penuh dengan reaksi netizen yang bimbang akan keadaannya.
Berkongsi paparan realistik filem terkini lakonannya, Sangkar, Remy memaklumkan sesiapa yang ingin melawatnya boleh datang ke pawagam berdekatan.
“Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam esok. Terima kasih! 29 August 2019 #sangkarmovie,” kongsi pelakon ini.
Mira Filzah, pelakon jelita yang pernah dikaitkan dengan Remy turut meninggalkan reaksi yang bikin netizen cair.
Melihatkan kecederaan pelakon Pujaan Hati Kanda ini, Mira bertanya sama ada dia memerlukan jururawat untuk merawat kecederaan.
“Perlukan nurse tak? Haha,” tulis Mira.
Pertanyaan tersebut dibalas Remy yang keliru, adakah di cantik jelita ini sedang memikatnya.
“Pick up line ke tu? Maaf saya orang tua,” balas Remy.
Netizen memberikan reaksi tersendiri melihat kemesraan pasangan ini.
Filem Sangkar ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini. Selain Remy, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Mira Filzah, Zul Ariffin dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by SANGKAR (@sangkarmovie) on
Foto : Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Izin Allah…,” – Lebar Sayap Niaga Di Selatan Tanah Air, Mila Jirin Syukur Bisnes Berkembang Maju
Usahawan selebriti, Mila Jirin syukur nikmat selepas sukses kini melebarkan sayap perniagaan perancang perkahwinan dan katering miliknya di selatan tanah air, Iskandar Puteri, Johor.
Selain menyifatkan ia satu kejayaan, Mila atau nama lengkapnya Noorsyarmilla Jirin menyatakan rasa syukur apabila perniagaannya kini semakin berkembang maju.
“Alhamdulillah… Dengan izin ALLAH, projek BIZMILLA (2 Banquet Hall) di Eco Galleria, Iskandar Puteri SIAP dan SYUKUR semua urusan dipermudahkan oleh Allah,” tulisnya di Instagram.
Meski telah berjaya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini bagaimanapun memberitahu ia bukan satu hal yang mudah untuk dikecapi.
“Tak ada pekerjaan yang MUDAH tetapi dengan Izin Allah yang maha Kuasa, Insya Allah. Allah bantu untuk mudahkan urusan pekerjaan kita. #Alhamdulillah TAHNIAH team #Bizmilla @isz_mustapha @bizmilla_wedding_centre,” tulisnya lagi.
Link posting
Selain di Johor, Mila turut kembangkan lagi perniagaannya di Putrajaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Feeza Tiada ‘Feel’, “Juri Jemputan Pun Komen Tiada Rasa Dan Saya Sudah Berikan ‘Hint’,” – Ramli MS
Penyanyi Feeza telah diumumkan sebagai peserta tersingkir pada saingan suku akhir Gegar Vaganza 6 (GV6) di konsert keenam yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.
Mendapat marah paling rendah iaitu sebanyak 46 peratus dari para juri, ia sekali gus menyekat peluang penyanyi yang popular menerusi single Ungkapan Kata Bernafas Cinta itu untuk terus mara ke peringkat separuh akhir, minggu hadapan.
“Juri jemputan pun beri komen tiada rasa dan saya sudah berikan ‘hint’ yang markah tak ada lebih tak ada kurang.
“Awak tahu cara saya kalau seseotang tu dah jatuh saya tak akan hentam,” kata ketua juri, Datuk Ramli MS mengenai punca penyingkiran Feeza.
Berkongsi mengenai prestasi para peserta di peringkat suku akhir pula, Hetty Koes Endang selaku juri tetap pula mempunyai pandangannya sendiri.
Katanya, setiap persembahan dari minggu ke minggu adalah bergantung kepada diri penyanyi itu sendiri.
“Semuanya bergantung kepada diri mereka sendiri. Ia jelas kerana mereka bukanlah penyanyi baru. Mereka sudah lama dalam industri.
“Kalau nak jadi bagus, mereka kena menyanyi secara ‘all out’, meski ada yang kurang sihat. Yang penting ‘pitching’ kena sampai.
“Kalau mereka tidak berkeyakinan kerana sakit… Jangan begitu. Semuanya dari sendiri, mereka kena profesional. Itu sahaja,” kata Hetty Koes Endang.
Sementara itu, Feeza ketika ditemui pula tidak menafikan, dirinya sudah dapat jangka namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor kualiti persembahan yang kurang meyakinkan kali ini.
“Selepas selesai membuat persembahan, memang saya juga jangka akan terkeluar. Mungkin sebab saya sendiri pun tidak berapa sihat. Akan tetapi saya tak mahu jadikan itu alasan.
“Sebab memang saya cuba sejak reheasal lagi, saya alami batuk dan demam sejak Selasa. Apa pun saya cuba buat yang terbaik, itulah yang termampu.
“Saya sudah bersedia… Malah pada minggu sebelumnya pun sudah jangka akan terkeluar. Alhamdulillah ketika itu rezeki Allah bagi saya masih kekal. Bila terkeluar… Saya akan cuba lagi insyaAllah ada rezeki lain,” katanya optimis.
Feeza turut membariskan nama Hady Mirza, Naqiu dan Nurfatimah sebagai antara tiga calon yang dirasakan layak untuk beraksi di pentas final GV6 tidak lama lagi.
Sementara itu, Hady Mirza yang mempersembahkan lagu diumumkan sebagai peserta yang menduduki ranking pertama minggu ini dengan 81%, diikuti Naqiu (78%) dan Jatt dengan 76%.
GV6 yang disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD minggu ini turut mengundang komposer Saari Amri sebagai juri jemputan sementara Siti Nordiana & Khai Bahar, Ezad Lazim, Amir Ukays dan Zamani turut membuat persembahan selingan.
Menerusi tema ‘Melets’, Feeza menyampaikan lagu Terus Mencintai nyanyian asal Siti Nordiana.
Foto: Instagram Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI