“Cantiknya, Sayang Kamu,” – Emma Maembong Akhirnya Kongsi Foto Sedang Memangku Anak Sulung, Peminat Titip Ucapan Selamat Berpantang

Share

Selepas lebih seminggu melahirkan anak sulung, pelakon Emma Maembong akhirnya berkongsi sekeping foto sedang memangku bayi lelaki yang menjadi permata hatinya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

Memuat naik foto sejurus bersalin di Instagram itu, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail menitipkan ucapan selamat buat para peminatnya awal semalam. 

“Good night semua from us,” tulis Emma ringkas.

Sebelum ini, pelakon berkenaan telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya itu kira-kira jam 2.38 pagi, 8 November lalu dan turut membuka akaun IG, 

@eslovestory khusus bagi berkongsi perjalanan kelahiran anak mereka.

Sementara itu menerusi ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak serta mengucapkan selamat berpantang buat Emma.

Foto: Instagram Emma Maembong

Published by
MH