Sejak semalam penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi momen indah dalam betuk foto dan video sekitar majlis akikah dan tahniak puteranya, Muhammad Afwa Khalid.
Seminggu selepas kelahiran, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat menerusi majlis yang dilangsungkan secara sederhana tetapi meriah di kediamannya itu.
“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.
“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia.
“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.
“Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” tulisnya sebagai kapsyen lengkap kredit.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan itu semoga membesar sebagai anak soleh.
Malah, tidak kurang yang turut memuji penampilan penyanyi lagu Anta Permana itu yang serba ringkas dan kekal menawan meski masih dalam tempoh pantang.
“Relax je tokti. Baju pun xsedondon beria2.. cantik dan simple,” tulis seorang peminat.
“Cantiknya tokti.. idol saya sejak dari mula dia jadi penyanyi.. seorg Artis yg sopan dan very humble.. semoga Allah selalu berikan rezeki utk dato siti.AMINN,” titip seorang peminat lainnya.
“Comel sungguh TokTi,” puji individu ain terhadap penampilan penghibur itu.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza