Semalam, syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque telah melancarkan lagu terbaru untuk siri popularnya, Upin Ipin berjudul Goyang Upin Ipin.
Difahamkan lagu berentak dangdut itu dibuat untuk menembusi pasaran di Indonesia.
Tayangan perdana video muzik "Goyang Upin & Ipin" di Les' Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia) . Jom #GoyangUpinIpinpic.twitter.com/6atYB4kcjB
“Tayangan perdana video muzik “Goyang Upin & Ipin” di Les’ Copaque YouTube Channel hari ini jam 5PM (Malaysia) dan 16:00 WIB (Indonesia),” tulis pengendali akaun Twitter Les’ Copaque.
IKLAN
Menerusi video tersebut, kesemua karakter siri Upin Ipin turut dilihat sama menari dan ‘bergoyang’ sepanjang lagu tersebut dimainkan
Dalam pada itu, lagu tersebut telah pun meraih satu juta tontonan di laman Youtube kurang 24 jam ia dimuat naik.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai terhadap muzik video lagu tersebut.
Ada diantara mereka yang meninggalkan komen positif begitu jugalah sebaliknya.
Terdahulu, siri Upin Ipin mula ditayangkan pada 2009 dengan tujuan mendidik anak-anak untuk menghayati bulan Ramadhan.
Sejak daripada itu, siri tersebut telah pun berkembang dengan menghasilkan tiga buah lagi filem iaitu Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng! dan Geng: Pengembaraan Bermula.
Sumber; Youtube & Twitter Les’ Copaque
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
Penyanyi Nashrain menyifatkan peluang kedua yang diberikan oleh label rakaman terbaharu tanah air, Armani Entertainment Group (AEG) haruslah dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak harus dipersiakan.
Menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus berkongsi bakat dimiliki, penyanyi asal Ipoh Perak ini tampil memperkenalkan single pertama yang berjudul Dahlia, sebuah karya ciptaan Anas Amdan.
Menurut Nashrain, tidak kira cepat atau lambat, rezeki sememangnya telah disusan atur dengan baik oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah, syukur dengan izin-NYA saya diberikan peluang kedua yang tidak ternilai ini hasil kepercayaan pihak AEG yang ‘nampak’ bakat yang saya ada.
“Platform yang disediakan pihak rakaman lengkap kerana mempunyai team yang cekap dan sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara,” katanya kepada MH.
Semenjak dilancarkan pada 29 Julai lalu, single Dahlia yang sudah pun meraih lebih 70,000 jumlah tontonan di YouTube. Malah, rata-ratanya juga memberi respon yang sangat memberangsangkan.
“Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Walaupun masih baru saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata.
”Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama,” ujarnya lagi.
Bercerita lebih lanjut tentang single tersebut, Nashrain berkata, Dahlia diinspirasikan daripada kisah kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai ketika fasa pandemik yang lalu.
“Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana Covid-19.
“Ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita,” kongsinya lahi..
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini percaya hanya bakat yang mampu membawa seseorang itu pergi jauh dalam industri meskipun tidak menafikan kelebihan teknologi moden pada era ini.
“Dalam dunia serba moden ini, pembangunan teknologi digital hanya membantu dari belakang dan bukan nombor satu. Jadilah penyanyi yang sentiasa bersiap siaga, dan hargai sokongan peminat.
“Saya tidak mengejar kemasyhuran, saya betul-betul ikhlas dalam berkarya dan langkah pertama saya adalah menembusi pasaran arus perdana dan membuktikan kemampuan saya yang sebenar,” tegasnya.
Menaruh harapan yang tinggi terhadap Dahlia, penyanyi ini mengharapkan agar lagu tersebut mendapat perhatian ramai.
“Untuk peminat yang mengenali saya,
lagu ini untuk anda semua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan percaya pada bakat yang saya ada.
”Semoga Dahlia menjadi permulaan peluang kedua saya dan doakan saya agar dapat berikan yang terbaik buat semua,” akhirinya.
Dahlia kini sidah boleh didengari pada bila-bila masa melalui rangkaian aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita yang mendakwa dirinya 'kekasih gelap' kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine terus membuat pendedahan di Instagram Stories yang memaparkan perbualan...