Berita penahanan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman atas dakwaan menanam pokok ganja di kediamannya mendapat pelbagai reaksi ramai.
Penyanyi rap dan usahawan, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, misalnya turut menyuarakan pendapatnya berhubung perkara berkenaan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Caprice berkata daun ganja ialah tumbuhan yang dapat membantu pelbagai jenis penyakit seperti mana yang telah diperakui menerusi beberapa kajian yang dilakukan saintis.
“First of all, ini pendapat peribadi saya. Marijuana hanyalah tumbuhan yang telah ditemui oleh saintis untuk bantu orang yang ada masalah anxiety, bipolar dan penyakit kanser,” katanya.
Dalam video sama, Caprice turut mengepilkan laporan akhbar mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia sedia bantu mengkaji kebaikan ganja.
“Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia dan big boss YB Khairy Jamaludin kerana mempertimbangkannya,” tulisnya.
Terdahulu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebab maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.
Sekadar info, negara seperti Belanda, Australia, Brazil, Kanada dan Jerman telah membenarkan pengunaan ganja dalam bidang perubatan bagi merawat penyakit seperti gangguan saraf, autisme, kemurungan, parkinson dan kanser.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Caprice
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI