Pelakon Anzalna Nasir kali ini menyambut ulang tahun kedua anak lelakinya, Mohamad Eidrees bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-Anak Yatim Nur Qaseh.
Anzalna berkongsi beberapa buah video sambutan ulang tahun yang dilakukan secara ‘online’ itu menerusi Instagram.
View this post on Instagram
“Sambutan hari jadi Eidrees. Tahun ni menyambut birthday Eidress bersama anak-anak yatim/asnaf tapi kami hanya boleh join melalui online sahaja.
“Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros di atas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees,” tulisnya.
Malah, Anzalna sebelum ini turut berkongsi beberapa momen bahagia sebelum bersalinkan Eidress menerusi Insta Story miliknya.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara Anzalna meraikan hari jadi anaknya dalam penuh kesyukuran.
View this post on Instagram
Malah ia dilihat cukup bermakna dan kekal meriah meski ia dirai dalam suasana yang mematuhi SOP.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 140,000 tontonan.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Foto: Instagram Anzalna
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI