Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti ada berkongsi momen membeli-belah di pasaraya Sogo.
Penyanyi Anta Permana yang dirakam sedang isi masa di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur itu dikongsikan menerusi saluran YouTubenya, Siti Official Video September lalu.
“Jangan ingat saya tak pergi SOGO tau. SOGO tu masa saya datang ke Kuala Lumpur sebelum bergelar artis lagi.
“Saya lepak depan SOGO sampai ia tutup. Punyalah kan…Orang kampung tak pernah jumpa mall yang besar macam tu,” seloroh Siti pada awal video.
Turut sama mengikuti sesi luang masanya ialah pengurus, Rozi Razak.
Lantas, perkongsian penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Jerat Percintaan ini menjadi perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut memuji Tok Ti yang sentiasa bersikap rendah diri dan bersederhana.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 200,000 kali di YouTube.
Video: YouTube Channel Siti Nurhaliza Official