Pelakon, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau mesra disapa Ruhainies ada berkongsi kata nasihat bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 28 tahun ini menyarankan agar orang ramai untuk mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Nur Risteena ini memberitahu amalan adalah sangat penting untuk menjalinkan hubungan yang ikhlas bersama orang lain.
“Tidak kisah sekiranya anda belajar tinggi-tinggi, berbakat, kaya atau betapa ‘cool’ nya anda, cara anda layan orang lain boleh menunjukkan perangai sebenar anda. Keikhlasan adalah segala-galanya,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Ruhainies tersebut.
Sekadar informasi, Ruhainies semakin dikenali ramai selepas membintangi drama bersiri Hello, Mr.Perfect! gandingan bersama pelakon Fattah Amin, sekitar tahun 2015.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Danny & Syiqin Tersingkir Di Minggu Kelima, Produksi Mic On 2 Program Ulas Soal Pelawak Jadi ‘Manager’
Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli menjelaskan pelawak yang berperanan sebagai ‘Manager’ yang ditugaskan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta program nyanyian, Mic On Musim 2 (Mic On 2).
Menurut Ezzan, meski menyedari bidang nyanyian bukanlah kekuatan mereka, namun ‘manager’ yang diwakili Fad Bocey, Ajak Shiro dan Ropie mempunyai peranan penting dalam memastikan setiap peserta tampil yakin pada setiap persembahan.
“Pihak kami sedar bahawa bidang nyanyian bukanlah kekuatan pelawak, tapi kami ingin mereka membantu peserta-peserta ini daripada segi keyakinan semasa membuat persembahan.
“Kalau kita lihat kerjaya pelawak ini bukan satu bidang yang mudah sebaliknya mereka perlu memastikan penonton terhibur dengan lawak mereka selain perlu kekal yakin ketika beraksi di atas pentas,” katanya.
Tambahnya lagi, selain bantuan diberikan pelawak yang bertanggungjawab mengajar peserta, program Mic On turut menyediakan kelas vokal yang dikendalikan Cikgu Sarah.
“Setiap peserta Mic On akan menghadiri kelas vokal yang diketuai Cikgu Sarah. Jadi, mereka ada banyak masa untuk berlatih dan menimba ilmu nyanyian.
“Pengarah Muzik Mic On juga bukan calang-calang orang kerana kami bawakan Datuk Acis. Jadi sedikit sebanyak peserta dapat belajar sesuatu ketika sesi latihan dan konsert berlangsung.
“Begitu juga dengan juri tetap yang terdiri daripada individu berpengalaman luas dalam bidang muzik iaitu Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu,” katanya.
Program Mic On 2 adalah program realiti berkonsepkan pertandingan pencarian bakat yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi.
Seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan Mic On musim kedua bagi merebut gelaran juara.
Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui Fad, Ropie dan Ajak yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada peserta.
Terdahulu, minggu kelima saingan meyaksikan dua peserta yang diumumkan tersingkir, selepas Manager Fad Bocey dan Ropie mengeluarkan dua nama iaitu Danny Dan Shiqin.
Setiap minggu peserta akan diberikan tugasan mengikut tema yang ditetapkan. Penjurian adalah 100% oleh barisan juri tetap yang telah dilantik berdasarkan tiga kriteria pemarkahan utama iaitu daripada segi vokal (40%), kreativiti (30%) dan persembahan (30%).
Penjurian juga terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama adalah penjurian secara individu, manakala penjurian bahagian kedua pula adalah secara berkumpulan.
Markah individu tertinggi dan terendah yang diterima oleh setiap peserta akan ditambah dan diambil sebagai markah keseluruhan terakhir untuk setiap kumpulan.
Kumpulan yang menerima markah akhir terendah perlu menyingkirkan ahli peserta kumpulan mereka pada minggu berkenaan.
Mic On 2 yang bersiaran setiap Jumaat jam 9.00 malam di Awesome TV ( Astro 123) dan MyTV (112) dihoskan oleh Azwan Ali dan Issey Fazlisham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Target Nak Langsung Date Tu,” – Elizabeth Tan Dah Ada Date Kahwin, 20 Februari 2020!
Elizabeth Tan yang kini popular menerusi lagu Semua Sudah mengakui dia sudah pun memasang angan untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020.
Bagaimanapun, impian tersebut hanya akan tercapai sekiranya dia mempunyai calon lelaki yang boleh dijadikan suami.
View this post on Instagram'I'll leave tomorrow's problems to tomorrow's me." – Saitama
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini memberitahu perkara berkenaan kepada MH sejurus selesai menjalani rakaman The Stage Media Hiburan di Shah Alam, menerusi lagu Polis Entry.
Katanya, tarikh tersebut dianggap cukup ‘cantik’ bagi dirinya, apatah lagi ia merupakan tarikh yang hanya datang sekali dalam hidup.
“Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.
View this post on InstagramSape rase dia kuat mcm uncle ni utk angkat lizzy? Hehehe 😂😂😜😜 . . . . 📸: @ikhwansha_hazer
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada pada fasa sekarang dia sudah pun mempunyai calon kekasih, pelakon filem seram, Misteri Delaila di samping Zul Ariffin ini mengakui sehingga kini dia masih solo.
View this post on InstagramA post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
“Tak ada kekasih lagi. Saya jarang keluar rumah. Jadi usaha untuk dapatkan teman lelaki itu agak sukar. Bayangkan sampai saya terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman di media sosial,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Lizzy yang kini turut aktif dalam dunia lakonan bakal muncul menerusi filem Abang Long Fadil 3 di samping Zizan Razak, Maya Karin, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Elizabeth Tan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Copy Paste Muka. Ayah Handsome, Patut Anak Nampak Comel,” – Kongsi Foto Bersama, Wajah Bapa Wany Hasrita Terima Tumpuan
Penyanyi Wany Hasrita ada memuat naik foto bersama bapanya, Hasbullah Haji Hassan bersempena dengan ulang tahun lelaki paling disayanginya itu.
Sambil menitipkan ucapan selamat hari jadi, penyanyi Belenggu Rindu di samping Datuk Jamal Abdillah ini juga turut mendoakan agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.
“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Lantas, perkongsian tersebut terus mendapat peminat apabila masing-masing turut sama memberikan ucapan.
Malah ada di antara mereka juga tidak menafikan wajah Wany saling tak tumpah seperti bapanya itu.
Meski sudah pun dikongsikan beberapa hari lalu, hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 61,000 tanda suka.
Foto: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI