Pelakon Mawar Rashid sering berkongsi gambar foto anaknya di akaun Instagram miliknya setelah bergelar ibu beberapa bulan lalu.
Difahamkan, putera sulung Mawar kini sudah berusia 4 bulan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri telah berkongsi gambar anaknya yang terkini bersama peminatnya.
“Happy nya Rafael dapat main lompat2 guna skip hop jumpscape by @babyd0ts KSya setia menemani adiknya. So sweet la. Hehe @raysaachanelaraf@radenrafaelraf,” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon berusia 24 tahun itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata netizen berkata wajah anaknya saling tak tumpah seperti ibunya.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Mawar Rashid