Selepas tiga tahun menanti, akhirnya impian pengacara terkenal, Faizal Bin Ismail untuk memulakan pengajian Sarjana di Universiti Cardiff di United Kingdom dalam bidang Budaya Dan Industri Kreatif bakal direalisasi.
Faizal berangkat ke London terlebih dahulu sementara ahli keluarga yang lain akan menyusul selepas anak sulung tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
بِسْمِاللَّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيم
“Bakal bermula perjalanan memenuhi impian yang dah lama saya pendam.. namun niat itu menjadi lebih fokus sejak TIGA tahun lalu bila ALLAH temukan saya dengan insan2 yang membantu mendorong saya untuk merealisasikan impian ini.
IKLAN
“Alhamdulillah DIA permudahkan urusan satu persatu tanpa dijangka, nati kita share2 lagi okay!
“Terima kasih kepada yang mendoakan, yang memberikan kata2 yang baik buat saya sekeluarga.
“Saya berangkat dahulu sebab anak sulung saya kena ambik SPM .. abis SPM nanti diorg join InshaAllah… nantikan update2 saya di Social media saya dan @dbilique .. .
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik beberapa rakaman video dirinya selepas selesai melakukan rutin senaman bersama pengikut di laman Instagram.
Seperti diketahui umum, Eina atau nama lengkapnya Ainur Syakina Azman memang menitikberatkan soal kecantikan dirinya dengan sering melakukan aktiviti senaman di gimnasium.
Meski pernah melahirkan bayi kembar, pelakon berusia 26 tahun ini kelihatan masih langsing dan jelita.
“Don’t wish for it. Work for it Yes I’m a mother of twins,” tulisnya.
Lantas, perkongsian Eina itu telah mendapat perhatian serta pujian daripada netizen.
Namun, ada juga seorang individu memberikan komen negatif terhadap perkongsian Eina itu.
“mcm sajat dah tgok,” tulis individu berkenaan di ruangan entri tersebut,
Lalu, Eina telah memberikan respon terhadap komen yang diberikan oleh individu berkenaan.
“sorry I original ya. I’m mother of two,” balas Eina.
Untuk rekod, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Foto: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak akui perasaannya agak bercampur baur saat meninggalkan stesen radio, Era selepas hampir 11 tahun mengendalikan segmen pagi popular, Johara bersama Ray dan Haniff.
Bagaimanapun, Johan mendedah dirinya tetap gembira kerana dia meninggalkan stesen radio tersebut dalam keadaan yang baik.
“Kita adakan perjumpaan terakhir bersama geng Johara selepas hampir 11 tahun bersama. Banyak kenangan kami bersama tapi kita kena faham setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
“Perpisahan selalunya hadir dengan kesedihan tapi kali ini saya gembira kerana kita berpisah dengan cara yang baik. Rating Johara masih lagi nombor satu. Kita serahkan Johara ke tangan orang lain dengan baik.
“11 tahun saya bersama Johara, tetap nombor satu alhamdulillah,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh Johan menerusi sebuah video khas yang dimuat naik menerusi saluran Youtube miliknya, Jozlynn Hanania.
Video tersebut turut memaparkan pertemuan terakhir Johan bersama trio yang telah mencipta fenomena di dalam industri penyiaran radio itu.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Ozlyn Wati ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menjadi tulang belakang diatas kejayaan Johara selama ini.
“Terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong kerjaya saya sebagai penyampai radio selama 11 tahun. Itu bermakna selama 11 tahun jugalah anda meletakkan kami sebagai radio nombor satu negara.
“Terima kasih juga kepada bos-bos yang percaya dengan Johara. Bukan senang sebenarnya nak naikkan rating sebab pada ketika itu, radio memiliki ramai orang-orang hebat. Kemudian datang juga pelawak-pelawak lain macam Jep, Rahim, Angah, Ajak, Shahrol dan ramai lagi.
“Tapi kita bersaing dengan sihat alhamdulillah. Semoga sahabat yang menyambung legasi Johara ini dapat mengekalkan rekod ini. Kita tetap doakan yang terbaik.
“Johara juga pernah meraih Malaysia Book Of Record bagi kategori program radio yang mendapat pendengar tertinggi di Malaysia,” kongsinya lagi.
Johan turut menambah, segala kenangan bersama Johara pasti akan diabadikan di dalam ingatannya sampai bila-bila.
“Perkhidmatan saya bersama Johara telah tamat. Rezeki saya setakat itu sahaja untuk bersama Ray, Hanif dan para pendengar setia Era. Mungkin ada rezeki lain untuk saya pada masa akan datang.
“Apa yang membuatkan saya terkesan adalah bila mengenang kembali momen ketika mula-mula kami ingin mencari keserasian. Mula-mula dulu, siapa nak cakap, kena angkat tangan. Perkara-perkara yang sebegitu yang menjadi kenangan.
“Banyak dah kejayaan dan anugerah yang kami kecapi hasil daripada sokongan anda. Kami tinggalkan Johara ini ketika kami diatas untuk mereka teruskan legasi ini. Teruskan mendengar Era. It’s a wrap,” akhirinya.
Terdahulu, Johara kini telah digantikan dengan segmen baru yang diberi nama 3 Pagi Era.
3 Pagi Era dikendalikan tiga trio baru iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Youtube Jozlynn Hanania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah memohon para peminat tidak saling berperang di media sosial susulan persembahan Siti Nordiana menerusi lagu Kisah Hati di All Stars Vaganza (ASGV) malam tadi yang hangat diperkatakan.
Isteri kepada Datuk Ramli MS menerusi Instagram menjelaskan, dia hadir ke malam kemuncak program realiti ini bagi memberikan sokongan terhadap Siti Nordiana atau Nana.
“Seperti mana semua tahu saya jarang nak datang tonton GV secara live. Adakala dengan jadual jemputan nyanyian yang kebetulan kena pada hari yang sama.
“Tapi malam tadi saya hadir memang untuk support sahabat saya yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tahu nak react macam mana dan hanya mampu senyum.
“Saya repost semua yang DM, tag nama saya sebab sokongan korang terhadap saya buat saya sebak.
“Terima kasih banyak-banyak cuma saya mohon sangat janganlah kondemkan sahabat saya dan bergaduh sesama fansclub ya,” tulisnya.
Penyanyi, Salma Acis terkilan apabila lagunya yang berjudul Atas Nama Cinta telah dibatalkan untuk menjadi lagu runut bunyi bagi sebuah drama terbitan stesen tv swasta.