“Cari Identiti Sendiri, Jangan Tiru Orang Lain,” – De Fam Jadi Penanda Aras, Azira Shafinaz Happy Dengan Girl Group Baru

Share

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui teruja dengan kehadiran pelbagai grup-grup wanita baharu yang kini mewarnai industri muzik tempatan.

Menurut Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam, kemunculan grup-grup seperti Dolla dan Coex secara tidak langsung akan memberikan persaingan sihat untuk mengangkat industri muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Bagi saya, ia satu perkembangan yang sihat buat industri muzik tanah air. Kami pun tiada rasa nak bersaing dengan sesiapa.

“Setiap kumpulan punyai identiti yang tersendiri. Seperti Dolla, mereka lebih kepada vibe-vibe K-Pop. Buat De Fam pula, kami selalu hasilkan muzik yang kami suka dan ia datang daripada hati.

“Sejak daripada awal lagi, lagu-lagu kami mesti mengangkat martabat wanita. Baru-baru ini, saya lihat kumpulan Coex sertai progam Big Stage. Mereka bagus dan kualiti nyanyian harmoni mereka juga sangat baik,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Azira akui berbesar hati apabila sentiasa menjadi penanda aras buat pendatang baharu.

“Alhamdulillah tapi sewaktu awal kemunculan De Fam dahulu, ramai juga yang mengatakan kami ini sama seperti kumpulan Feminin dan Elite.

“Namun, kalau grup-grup masa kini mahu menjadikan kami sebagai penanda aras, kami amat berbesar hati. De Fam bermula sebagai penari dan kami bekerja keras untuk menjadi penyanyi.

“Jadi, buat grup-grup baharu, mereka perlu cari identiti yang tersendiri. Jangan meniru orang lain. Pada akhirnya nanti, identiti itulah yang akan kekal bersama mereka sampai bila-bila. Itu yang akan buat orang ingat,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai rahsia kumpulan De Fam yang mampu bertahan sehingga hari ini, pelakon filem, Penunggang Agama itu menyifatkan perbalahan merupakan lumrah namun segalanya harus diselesaikan dengan baik.

“Kami berkawan sudah lama dan nama kami naik pun bersama-sama. Kami sentiasa utamakan De Fam. Walaupun masing-masing ada karier solo, kami akan berkumpul semula bila ada urusan berkaitan dengan De Fam.

“Kalau De Fam belum ada projek pun kami akan selalu lepak bersama. Tipulah dalam grup tiada bergaduh tetapi yang membuatkan kami kuat adalah persahabatan itu sendiri,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Azira Shafinaz & De Fam

Published by
Aizam Manaf