Penyanyi kembar/duo, The Mirza mula mengembangkan bakatnya di Indonesia pada awal 2017.
Dianggotai oleh pasangan adik-beradik yang masing-masing berusia 20 tahun, Norzafira Mirza Mohd Rafiq dan Norsyafira Mirza Mohd Rafiq yang tampil manis berhijab.
Mereka ditemui semasa majlis pelancaran album ketiganya berjudul Lelah Mengalah di Suka Sucre Cafe, Cheras pada Khamis.
“Kami ke Indonesia gerak berdua dan ulang alik Malaysia- Indonesia untuk berkarya di sana (Indonesia).
“Saya suka dengar lagu dan muzik Indonesia, jadi kami nak kembangkan bakat kami dan pergi berjumpa komposer dan mula record di sana, dan kemudian baru di Malaysia,” kata The Mirza kepada MH.
Mungkin tidak begitu dikenali di Malaysia, namun nama mereka mula dikenali di Indonesia apabila lagu-lagunya tesenarai untuk carta hit di stesen radio Indonesia.
“Kami telah mempromosikan lagu-lagu kami di 43 stesen radio iaitu di kawasan Jakarta, Semarang, Medan dan Bandung. Kami korbankan tenaga dan masa kami untuk promosi lagu tu pada awal tahun 2018 selama 10 hari,” jelas the Mirza.
“Untuk sehari itu, kami berjaya mempromosikan sebanyak lima ke empat radio,” tambah The Mirza.
Lebih menarik, apabila lagu Lelah Mengalah tersenarai dalam carta radio di stesen Indonesia berbanding stesen radio Malaysia.
“Alhamdulillah, lagu kami berada di Studio Is Radio, Bandung. Kami pun tak sangka lagu ni lebih banyak mendapat tempat di Indonesia berbanding rakyat malaysia,” tambah The Mirza.
Untuk rekod, lagu Lelah mengalah telah mendapat 3.5 juta tontonan di Youtube selepas tiga bulan dimuat naik.
Video : Youtube