“Cari Yang Anak Dara,” – Ibu Wak Doyok ‘Pangkah’ Janda, Nak Menantu Anak Dara

Share

Sudah mencecah usia 43 tahun, selebriti dan usahawan Wak Doyok pastinya tidak terlepas ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor sebelum ini pernah berkata dia tidak mahu terburu-buru dalam mencari pasangan hidup.

Walaupun masih solo, Wak berkata hidupnya kini bahagia lebih-lebih lagi dapat berbakti kepada ibunya.

Sementara itu, menerusi satu video TikTok yang dikongsikan Majalah Nona, ibu Wak Doyok menyatakan hasratnya ingin melihat anaknya naik pelamin dengan wanita berstatus anak dara.

“Cari yang anak dara. Janda, makcik tak nak!  Kalau jodoh dia, tetap makcik tak nak!” kata ibu Wak Doyok.

@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp
#foryou #fypシ #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ♬ original sound – NONA

Ketawa mendengar kenyataan spontan ibunya, Wak berkata tiada siapa tahu mengenai soal jodoh kerana itu semua merupakan ketentuan Allah SWT.

“Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya yang nak kahwin.  Tapi susah?  Kalau jodoh kita tak tahu,” balas Wak kepada hos program tersebut, Kiffy Razak.

Wak sebelum ini pernah bercinta dengan bekas isteri Sultan Brunei yang juga merupakan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Namun, hubungan mereka dilaporkan putus pada 2016 selepas tidak mempunyai persefahaman di antara kedua-duanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Wak Doyok

Published by
Juliana Johar