Kecoh di laman sosial baru-baru ini yang tular dengan foto model wanita mengenakan pakaian pengantin beraksi di tanah perkuburan bukan Islam.

Sekali gus, ia menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terbabit yang didakwa seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Malah, perkara itu turut mendapat perhatian selebriti.

 1. Yatt Hamzah 

IKLAN
View this post on Instagram

ASTAGHFIRULLAHALADZIM.. Mengucap panjang Bonda bila nampak gambar ni td.. 😔😢 . Sayang-sayang sekalian, Carilah tempat yg baik untuk bergambar. . Perkahwinan adalah permulaan hidup berkeluarga. Bukan pengakhiran hidup sengsara. . Jangan bunuh budaya Melayu kita yg sudah sebati dengan sendi agama. Agama kita agama ISLAM. . Jangan bunuh ia hanya kemahuan kamu mengikut trend luar negara. Nak-nak kalau mereka YAHUDI dan KRISTIAN. . Mereka tidak membaca AL QURAN. Mereka membaca ISLAM melalui perbuatan kamu. . Ingat dan hadam ya nasihat dr ustazah @shadiyaabbas ni wahai shbt2 Muslim ku sekalian.. 🙏😇 . #pesananusha #ustazahbabynasihat . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYHshare #Allahuakbar #ALLAH #hidayah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

2. Azza Elite

IKLAN

3. PU Amin 

View this post on Instagram

DEMI NAK VIRAL | Adoi pelik pelik lah zaman sekarang ni . Mazhab mana pulak bergambar pakai baju pengantin dekat kubur kristian ni.. . Mungkin nak promot baju , mekap artis atau pakej kahwin , atau sebagainya tapi macam mana boleh sampai ke kubur ? Tak tahu nak gelak ke nak marah ke atau camne 🤣.. . Untuk makluman semua lepas saya tanya dengan rakan rakan saya yang beragama kristian , mereka orang kristian sendiri ada pakaian khas untuk mereka ke kubur tanda hormat mereka.. . Mereka juga kecewa bila ada orang ambil gambar macam ni. Orang kristian pun tahu adab dan cara bila di kubur . Dorang datang dan balik . Sambil fikir hal kematian. Kita pula boleh posing bergamba. Aneh tuan tuan . Aneh.. . Hormatlah agama orang lain. Kalau dorang buat dekat kubur kita macam mana ? Pada kawan kawan kristian saya minta maaf atas ketelanjuran ini.. . Ya Allah , apa sudah jadi dengan dunia . Macam macam cara marketing orang sekarang . Ikut lah sabda nabi ‘tinggalkan benda pelik pelik’ 😁.. . Bak kata shuib sepahtu “peninggg arrrrr” 😩..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

IKLAN

Difahamkan, gambar tersebut dirakam untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun Facebook miliknya bukan untuk mencari publisiti.

Bagaimanapun, jurugambar dan model berkenaan mengakui kesilapan tersebut dan memohon maaf secara terbuka terhadap apa yang telah berlaku.

Foto : Instagram Yatt Hamzah, Azza Elite, PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI