Sosialit terkenal New York, Jocelyn Wildenstein dilaporkan meninggal dunia pada 31 Disember 2024 ketika berusia 84 tahun.
Kematiannya itu disedari oleh tunangnya, Llyod Klein yang cuba mengejutkannya untuk makan malam Tahun Baru namun wanita tersebut tidak memberikan sebarang respon.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, turut dimaklumkan bahawa sosialit tersebut meninggal dunia di kediaman sementara mereka di Paris.
“Dengan berat hati dan dengan kesedihan yang mendalam, Lloyd Klein mengumumkan kematian tunang tercinta, Jocelyne Wildenstein.
“Jocelyn meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya pada lewat petang 31 Disember 2024 di suitenya di Paris yang merupakan tempat pasangan itu tinggal sementara sejak Ogos 2024,” kongsi kenyataan tersebut.
Punca awal kematian Jocelyn diklasifikasikan sebagai kegagalan fungsi jantung.
Imbas kembali, Jocelyn bukanlah seorang pelakon mahupun penyanyi, namun dia terkenal di dunia Hollywood sebagai sosialit yang gemar melakukan pembedahan plastik.
Pembedahan plastik melampau yang dilakukan menjadikan mukanya kelihatan seperti kucing, dek kerana itu dia sering diberi gelaran the real life Catwoman.
Dengan penampilan yang sebegitu, dia menjadi tumpuan ramai. Jadi tidak hairanlah jika dia memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram
Hidup sebagai sosialit, Jocelyn dikenali ramai apabila dia mengahwini hartawan New York, Alec Wildenstein pada 1978 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun jodoh tidak panjang, mereka bercerai selepas 19 tahun berkahwin. Kisah perceraian Jocelyn menjadi bualan hangat kerana dia menerima wang bernilai USD2.5 bilion hasil perceraian tersebut.
Terkini, Jocelyn menjalinkan hubungan dengan Llyod Klein yang merupakan seorang pereka fesyen sejak tahun 2001 sehingga kematiannya. Jejaka itu berusia 21 tahun lebih muda daripadanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI