Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terkejut melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam rumahnya apabila anaknya,Aisy Mateen ‘mengusik’ Fadzil Zahari yang sedang menunaikan solat.
Kongsi pelakon filem Strawberi Cinta ini, tenyata perkara itu menyebabkan Fadzil tidak menjawab panggilannya.
“Ya Allah!!! patut la call tak angkat… tengok cctv diorang tengah solat,” tulis Yana sambil berkongsi rakaman menerusi IGTV.
Pelakon meningkat naik, Siti Hariesa akui watak Lutfiyah yang juga merupakan ibu tumpang nyata menguji kemampuannya untuk memberikan kualiti lakonan yang terbaik di dalam drama terbaharu, Senyawa.
Menurut Hariesa, watak ini memerlukan permainan emosi yang tinggi bagi memastikan perasaan itu sampai ke jiwa penonton.
“Ini adalah kali pertama saya membawakan watak berat dan bermain dengan pelbagai emosi. Watak ini sangat susah untuk dibawakan tapi saya mendapat bimbingan daripada pengarah, Eyra Rahman.
“Watak ibu tumpang ini juga sangat mencabar. Seperti kita tahu, ibu tumpang adalah haram di sisi agama Islam.
“Namun, kepada pada penonton, lihatlah cabaran yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tumpang ini. Walaupun perbuatan ini salah tapi kepayahan yang harus dilalui itu juga memang perit,” katanya kepada MH.
Hariesa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Senyawa, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun berharap agar penonton tidak cepat menilai sebaliknya harus menghayati mesej yang ingin di sampaikan di dalam drama ini.
“Jika bawa watak antagonis dan penonton benci, itu bermakna lakonan kita berjaya. Walau berjaya, kita tetap dihentam. Namun, ibu tumpang ini adalah kisah yang berbeza.
“Di dunia nyata, saya bukanlah seorang ibu tumpang dan ia hanyalah watak yang saya mainkan.
“Saya nak tunjuk watak seorang wanita yang terpaksa melalui susah payah hidup dan konflik yang sangat banyak.
“Jadi, saya harap penontan dapat melihat daripada perspektif watak Lufya dan bukan hanya sekadar wanita ibu tumpang.
“Walaupun perbuatan itu salah, dia tetap berusaha untuk menjadikan hidupnya lebih baik,” kongsinya lagi.
Selain Hariesa, drama arahan Eyrah Rahman ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shahz Jaszle, Trisha Ooi, Datin Nina Jurin dan Aleza Shadan.
Senyawa bakal ditayangkan bermula 25 Oktober ini, pada Jumaat dan Sabtu jam 9 malam di platform penstriman Iqiyi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya anggap ini peluang yang sangat besar, sangat bersyukur dan terus terima.”
Demikian kata selebriti popular, Elly Mazlein yang kini menggalas tugas sebagai hos bersama Nabil Ahmad di dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selama 10 minggu bermula semalam.
Elly menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang anak keduanya.
Meski tidak menafikan akan menerima reaksi yang pelbagai susulan keberadaanya di dalam program realiti tahunan itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, bagaimanapun bersyukur sekiranya ada memberikan reaksi positif.
“Bila dapat tawaran, saya fikir mengapa tidak? Malah sebelum ini pun saya pernah menggantikan Jihan. Jadi kali ini peluang sekali lagi datang dan saya cuba.
“Alhamdulillah syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dirisaukan ialah penerimaan orang. Walaubagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.
“Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat ‘homework’ lebih dan sebagainya. Macam situasi saya ni, saya cuba buat yang terbaik.
“Sebab kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya, bila fikir nak kekalkan momentum GV itu sendiri,” katanya kepada MH.
Elly yang juga alumni GV tidak menafikan perasaannya bercampur baur sebelum memulakan tugas mengacarakan program berkenaan.
“Sudah tentulah saya rasa gementar, nak ‘pitam’ rasanya. Kita ni gantikan tempat orang. Malah, semua sudah tahu ‘DNA’ program ini ialah hosnya juga iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse selain produksinya.
“Tiba-tiba kehadiran saya ini sebagai ‘jiran baru’. Macam mana ni? Saya kata tidak mengapa… Saya akan kendalikan mengikut cara sendiri dan ikut kemahuan program itu juga.
“Yang bantu saya pun termasuk bintang GV kerana saya sudah kenali mereka. Begitu juga Nabil yang banyak berikan sokongan dan tunjuk ajar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendedahan penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengenai seorang aktres yang didakwa pernah mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz turut mendapat perhatian ramai termasuk dalam kalangan rakan artis sendiri.
Selain Nabila Huda, aktor Sharnaaz Ahmad turut menyatakan pendapatnya mengenai isu penyondol, istilah yang digunakan bagi individu baik lelaki atau wanita yang menganggu rumah tangga orang lain.
Menurut Sharnaaz, golongan sedemikian sebaiknya ‘diharamkan’ daripada berlakon.
“Setiap drama, dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah.
“This kind of people (women and man) patut kena ban daripada berlakon atau keluar tv,” tulis Sharnaaz menerusi Insta Story.
Bapa kepada Jebat Jayden itu turut mengulang siar (repost) artikel mengenai reaksi Nabila Huda yang geram dengan seorang aktres yang didakwa cuba menganggu rumah tangga Bella dan Aliff Aziz.
Menerusi kenyataan Bella kepada media sebelum ini, pelakon wanita itu sering cuba menghubungi suaminya malah turut mengakui sudah ‘terlanjur’ menyukai Aliff.
Difahamkan pelakon wanita itu didakwa turut terlibat bersama Aliff di dalam naskhah drama yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!