Pelakon jelita, Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan sempat menitipkan kata ucapan sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Aidil Aziz.
“26th July Happy Birthday Encik Suami Sayang
Semoga diberikan kesihatan yang baik, Bahagia dan dimurahkan rezeki selalu, Terima kasih kerana mencintai kekurangan dan kelebihan ku. .
“Terima kasih juga kerana mewarnai kehidupan kami I love you #aidilazizsbirthday #aidilazizturns32,” tulisnya.
Difahamkan, bintang drama bersiri Semua Salahku itu kini sedang bercuti di Thailand bersama suami tercinta.
Menjengah di akaun Instagram Aidil Aziz turut berkongsi momen percutian mereka bersama peminat.
“Jalan jalan naik tenggiling kuningKepada @shuibsepahtu ,jom kita race VS YSuku @fashasandha #aidilfasha #aidilazizturns32,” tulisnya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz