Kehangatan program realiti tarian dan nyanyian, Dansa Dan Sing kian terasa apabila komen dan teguran yang diberikan oleh salah seorang juri tetap program berkenan, Linda Jasmine terhadap peserta mendapat perhatian penonton.
Bagaimanapun, Linda ada memberi teguran dan komen kepada kumpulan Atilia Haron, Yasmin Hani & The Lola supaya tidak menjadikan perbezaan umur sebagai satu alasan dalam pertandingan.
Lalu, Linda memperjelaskan bahawa teguran dan komen itu bersifat positif dan sebagai nasihat kepada peserta memberikan persembahan yang terbaik dalam rancangan tersebut.
“Sebenarnya saya takut sangat nak komen sebab saya takut saya tersalah cakap. Bila saya tegur mereka bercakap pasal umur dan kumpulan pesaing saya bukan apa, saya takut pengalaman saya di Akademi Fantasia (AF) terjadi pada mereka.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam AF bila ada pelajar yang cakap perkara sedemikian dalam AF, penonton tak suka sebab apa yang saya tahu penonton dia tak nak tahu alasan sedemikian.
“Jadi kalau boleh saya nak semua peserta untuk elakkan melakukan perkara macam tu,” jelas Linda jujur.
Linda bagaimanapun akui bukan suatu hal yang mudah buat seorang penyanyi, apabila perlu menghafal langkah demi langkah tarian saban minggu.
Namun, itulah cabaran yang perlu dihadapi menerusi program ini.
Rancangan Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza.
Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.
Konsert minggu ini yang bertemakan ‘Vice Versa Irama’, pelakon dan pelawak Datuk AC Mizal diundang sebagai juri jemputan.
Program realiti tarian ini ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semangat, dedikasi dan kerja keras usahawan dan pempengaruh, Farah Nadhirah Ibrahim yang diiktiraf sebagai salah seorang penerima Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 pada 8 Mac lalu menjadi kekuatan buatnya untuk terus melangkah.
Farah,30, atau Ferra Ibrahim sukses mengusahakan produk penjagaan rambut, kulit dan kuku, Le’HairBoss dan diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
“Saya berniaga ini bukan nak kaya semata-mata. Rezeki itu perlu dikongsi. Macam perniagaan penjagaan rambut, kulit dan kuku diusahakan sejak dua tahun lalu ini lebih kepada usaha untuk menggalakkan lebih ramai menjana pendapatan.
“Terutama golongan wanita sekali gus mahu memperkasa mereka untuk tidak berpeluk tubuh. Status solo atau janda bukan halangan. Tambahanpula di era pandemik COVID-19 ke endemik ini.
“Tanpa mengira status anda sebagai wanita, sekalipun ada suami berada dan bertanggungjawab, golongan wanita kena buat sesuatu. Ada duit poket berniaga, boleh sokong suami serba sedikit ekonomi keluarga,” katanya.
Bekas pramugari tempatan itu juga beruntung kerana suami tercinta, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang turut bergelar ahli perniagaan menjadi tonggak kekuatan di belakangnya.
“Ini merupakan perkahwinan kedua saya dibina pada Julai 2019. Suami yang percaya atas kebolehan, keinginan dan semangat sejak dahulu lagi memberi modal memulakan perniagaan ini sejak Januari 2020.
“Saya percaya keberkatan itu ada kerana beberapa bulan melancarkan suplemen pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan dilakukan melonjak naik. Kemudian saya keluarkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi.
“Untungnya produk saya usahakan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memakan masa setahun ini bersifat praktikal dan menjimatkan duit. Ini kerana setiap satu rangkaian produk memberi manfaat untuk rambut, kuku dan kulit,” katanya.
Menurut graduan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing itu lagi, minatnya berniaga dipupuk sejak kecil.
“Di usia tujuh tahun lagi saya minat berniaga itu dan ini sebab nak duit poket. Masa itu saya dan kawan baik sepakat berniaga. Termasuk jual gelang,jual baju dan menawarkan perkhidmatan ‘facial’ di rumah dengan harga RM1.
“Lucunya yang jadi pelanggan ‘facial’ pun di kalangan kawan. Demi memudahkan mereka yang nak mencuba perkhidmatan itu, saya sampai melukis peta untuk memudahkan pelanggan.
“Tapi itu kisah dulu. Sekarang saya seronok tengok ketua stokis buat duit pula. Salah seorangnya dulu bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan selama tempoh tujuh tahun. Tapi sekarang boleh beli stok produk saya mencecah lebih RM 100,000 sebulan,” katanya.
Ferra pada masa sama optimis untuk terus mengembangkan jenamanya.
“Ikutkan jenama produk saya lebih dikenali dengan nama HairBoss. Sampai orang lupa nama rasmi, Le’HairBoss. Tapi tak apalah, janji orang tahu.
“Rangkaian produk saya pun dijual daripada harga RM129 hinggalah ke RM59. Sangat berpatutan. Insya-Allah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya terlebih dahulu menjalankan perniagaan tekstil.
Ferra Ibrahim sebelum ini juga pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media.
Dia yang mempunyai lebih 130,000 pengikut di Instagram pernah mencuri perhatian wargamaya kerana disangka selebriti berdasarkan personalitinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh dan YouTuber terkenal, Isa Isarb akhirnya berkongsi nama dan wajah putera sulungnya, yang diberi nama Owais buat tatapan umum, genap seminggu kelahiran.
Perkara itu dikongsikannya menerusi sebuah hantaraj video di laman Instagram, baru-baru ini.
Nama Sempena Tokoh Sufi
Jelas Isa, dia dan isterinya, Lisa Nosra, memilih nama tersebut sebagai penghormatan kepada tokoh sufi, Uwais al-Qarni.
“Kami namakan dia Owais, sempena tokoh sufi Uwais al-Qarni, seorang tabi’in mulia yang terkenal dengan baktinya kepada ibu dan kehidupannya yang penuh keikhlasan.
“Menjadi inspirasi untuk berbuat baik dan hidup dengan rendah hati,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah, menerusi perkongsian sama, Isa turut berkongsi akaun media sosial terbaharu menggunakan nama anaknya, @Owais.isa selain memuat naik foto wajah permata hatinya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan dan mendoakan agar Owais membesar sebagai anak soleh.
Terdahulu, Isa berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pempengaruh Lisa Nosra selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 4.35 petang, 6 Januari lalu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 40,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.