Selepas kecoh mengenai seorang lelaki yang didakwa mengasari seorang pekerja stesen minyak baru-baru ini, akhirnya penyanyi dan komposer, Muhammad Raziq Rosli atau nama komersialnya, Zynakal didenda RM2,800, pada Jumaat.
Difahamkan, Zynakal dipercayai telah mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, Rabu lalu.
Memetik Berita Harian Online, Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan.
Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, bintang berusia 21 tahun itu dijatuhi hukuman denda sebanyak RM800 sementara bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000 dan tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.
Ads
Sebelum ini berdasarkan kepada kertas pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang ini telah didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, di sini, jam 3 petang, 28 Ogos lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Ads
Dia turut didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, di tempat sama, jam 3.30 petang, pada hari yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ads
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah, dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Zynakal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tindakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dilihat memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan di ketika muncul di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) nyata mengundang reaksi ramai pihak.
Antara yang turut memberikan teguran berhubung isu tersebut termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Dr Noor Hisham, tindakan artis tersebut secara tidak langsung mampu memberikan pengaruh yang tidak baik buat masyarakat.
KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat pic.twitter.com/CwxCfNYnk6
“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.
“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.
Terguran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dr. Noor Hisyam menerusi laman Twitter rasmi miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua pihak termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM mendidik masyarakat untuk menjauhi budaya merokok.
“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, penyanyi lagu Angin Kencang ini juga pernah mencetus sensasi gara-gara menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.
Pada ketika itu, Noh sedang ditanya mengenai spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina.
Bagaimanapun, baru-baru Noh dan Mizz Nina telah mengumum penceraian mereka dan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
Pasangan itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mereka mengambil seorang anak angkat bernama Musa sekitar April lalu.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Dr. Noor Hisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
#MHGlobal Lagu Ddu-Du Ddu-Du Nyanyian Blackpink Diiktiraf Sebagai Salah Satu 10 Muzik Video Terbaik Oleh Rolling Stone!
Grup Kpop popular, Blackpink terus cemerlang apabila menjadi satu-satunya artis dari Asia yang berjaya menembusi carta 10 muzik video terbaik di Rolling Stone.
Muzik video (MV) Lagu Ddu-Du Ddu-Du mereka yang keluar pada Jun tahun ini mendapat tempat ke-8 dalam carta tersebut.
Untuk pengetahuan, lagu tersebut juga turut berada di tempat kedua dalam senarai video yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam di youtube dengan tontonan sebanyak 36.2 juta.
Mereka kini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk konsert jelajah dunia mereka dan Malaysia beruntung apabila menjadi salah satu negara yang terpilih. Konsert dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 Februari ini.
Apa-apapun, MH ingin berkongsi 10 MV terbaik yang diiktiraf oleh Rolling Stone.
1. The Carter – Apeshit
2. Childish Gambino – This Is America
3. Anderson.Paak -Till It’s Over
4. Hurray for the Riff Raff – Pa’lante
5. Jay Rock, Kendrick Lamar & Future – King’s Dead
6. Drake – God’s Plan
7. Tierra Whack – Whack World
8. Blackpink -Ddu-du Ddu-du
9. Flasher – Material
10. St. Vincent – Fast Slow Disco
Foto:Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Achey berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Ngaisah binti Hasaan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi tadi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Achey menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Jelas Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia mendapat tahu mengenai perkhabaran tersebut ketika dalam perjalanan pulang daripada menyelesaikan pekerjaannya.
“Achey atas moto lagi mak baru balik kerja. Mak baik. Mak pergi pada bulan yang baik. Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Achey ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sebelum ini, Achey sering berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dikhabarkan agak tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Malah, beberapa hari lalu, Achey memaklumkan ibunya itu terpaksa menjalani pembedahan dan kondisinya juga dikatakan kurang baik.
Anggota kumpulan Bocey itu juga difahamkan sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menjaga ibunya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!