Baru-baru ini, isu pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang memilih untuk bersalin secara prosedur pembedahan nyata mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Malah, segelintir daripada mereka juga dilihat seperti sengaja ingin merendah-rendahkan ibu-ibu hamil yang memilih untuk menjalani prosedur berkenaan.
Antara yang turut sama memberikan reaksi berhubung isu tersebut termasuklah pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril.
Menurut Dr. Say, dia berasa terpanggil untuk memberikan pandangannya berhubung isu memandangkan isterinya juga baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedua secara prosedur pembedahan baru-baru ini.
“Topik : “Bersalin Ikut Tingkap? Euwww” Triggered dengan makcik bawang yang komen kepada post @aydajebat yang memandang jelek bersalin melalui pembedahan atau caesar.
“Maka jom bukak topik “bersalin ikut tingkap”. Kepada yang tak tahu, isteri saya bersalin kali pertama through emergency caesar dan kali kedua through elective caesar. Kalau tanya saya, semestinya saya suka isteri bersalin cara biasa sebab kurang komplikasi dan kurang hospital stay.
Ads
“Namun kali pertama bersalin kami terpaksa caesar sebab tali pusat menjerut kuat leher baby maka takkan saya nak cakap dengan bini “ehhh jangan, caesar mahal, cuba you try teran kuat sikit, berak, berak”.
“Kali kedua pakar kami cerita ada 20% risiko kegagalan untuk bini bersalin biasa maka saya decide ssaya tak nak amik risiko tu dan nasihatkan bini to go for elective caesar,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Dr. Say turut menjelaskan setiap prosedur bersalin ini memiliki kebaikkan serta kekurangannya yang tersendiri dan ia juga tidak patutnya dibanding-bandingkan.
“Best la bersalin caesar tak sakit”. Masa tengah bersalin memang tak sakit langsung sebab dapat bius, boleh sembang-sembang sambil perut dan rahim dibelah, tapi Allah Maha Adil. Lepas habis pembedahan tanyalah mak-mak yang dah pernah caesar macam mana peritnya.
“Ada yang sebulan terlantar akibat kesakitan. Yang bersalin normal hari yang sama atau keesokan hari boleh balik rumah tapi yang bersalin caesar minimum kena tahan wad 2 hari. Kalau tak kentut tak berak haa kena tahan lagi lama.
“Cakap pasal komplikasi bersalin caesar pulak boleh kena jangkitan pada luka pembedahan, pendarahan melampau, risiko darah beku yang boleh pergi ke paru-paru yang boleh menyebabkan kematian, risiko rahim pecah on next pregnancy dan banyak lagi,” jelasnya lagi.
Ads
Bapa ke dua orang anak ini turut menambah, antara perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan ketika hamil ini adalah mengenai keselamatan ibu dan anak itu sendiri
“Dah tu celah mananya wanita yang bersalin caesar ni tak layak bergelar ibu kalau bersalin caesar lagi banyak risiko & komplikasinya? Tolonglah ubah pemikiran kebelakang ni. Yg penting KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN ANAK & IBU ITU.
“Arini Hari Kemerdekaan Ke-64, apa kata kita merdekakan diri dari pemikiran kolot sebegitu? Belum masuk topik breast milk VS formula milk dan pantang VS tak pantang. THEY DO THEM & YOU DO YOU okay?
“Mak mak bersalin caesar kongsi sikit pengalaman bawah ni tengok depa berani tak panggil korang “bukan ibu sejati”. Makcik bawang beban,” akhirinya.
Sekadar informasi, selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefreil.
Sumber: Instagram Dr. Say & Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hikmah berkahwin dengan wanita muallaf, pelakon Sabri Yunus mendedahkan dirinya kini makin istiqomah dalam mendalami ilmu agama untuk menjadi tempat rujukan buat isterinya, Angeline Tan.
Lantaran itu, Sabri memaklumkan dirinya harus berguru dengan golongan agamawan agar tidak menimbulkan kekeliruan.
“Memang wajib buat saya mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi apabila ingin berkahwin dengan muallaf.
“Sepanjang puluhan tahun kami berkawan, saya tak berani nak bercakap mengenai Islam. Saya risau ia menjadi sensitif dan merenggangkan hubungan.
“Namun, sejak PKP lalu dan ketika kami memutuskan berkahwin, barulah saya berani bercerita tentang Islam. Sejak itu, Angeline banyak bertanya tentang agama.
“Jadi, saya kena buat rujukan. Antara tempat rujukan saya adalah adik saya sendiri yang juga merupakan ustaz,” katanya kepada MH.
Pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tuan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu terbitan TV Alhijrah, ‘Angeline Tanya Abang Jawab’, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia harus membuat rujukan ditempat yang betul agar ilmu tersebut mudah disampaikan kepada isterinya.
“Saya juga ada membuat rujukan di Youtube. Namun, saya kena memilih yang sesuai. Terus terang saya katakan, kebanyakkan ceramah agama kita hari ini hanya sesuai untuk orang Islam dan Melayu.
“Saya perlu cari yang sesuai untuk orang bukan Melayu. Hikmahnya, saya kini jadi lebih rajin cari tahu tentang agama. Kita kena terangkan dengan dalil dan logik.
“Kita tak boleh cakap sahaja sebab Tuhan suruh. Jadi, saya kena perkenalkan kepada dia konsep ketuhanan dan amalan dalam Islam,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kini bersedia untuk menjawab pertanyaan orang ramai tentang agama, Sabri berpandangan rujuklah dengan mereka yang lebih pakar.
“Saya tidak bersedia untuk menjawab kepada orang lain. Saya belum berani. Tugas saya sebagai suami adalah untuk menjawab pertanyaan isteri. Jika orang lain bertanya, lebih baik jumpa orang yang sepatutnya.
“Lagipun saya bukan ustaz. Saya tak boleh nak sembarangan bagi penerangan. Saya pun tak nak nanti orang kata saya memandai-mandai,” akhirinya.
Terdahulu, Angeline Tanya Abang Jawab merupakan sebuah program bual bicara santai yang membincang mengenai persoalan-persoalan daripada saudara baharu mengenai Islam.
Program 13 episod ini bakal mula bersiaran pada 18 September ini di saluran TV AlHijrah dan aplikasi AlHijrah Plus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman ada menjawab pertanyaan orang ramai mengenai status terkininya sebagai seorang pemain futsal profesional.
Menurut Niena yang juga merupakan bekas penjaga gol skuad futsal wanita negara, dia kini masih lagi aktif bermain sukan tersebut dan masih belum terfikir untuk bersara.
“Im still goalkeeper! Haha.. for those yang tanya Niena, dah retire ke main futsal? Not yet! Still main lagi.
“Insyallah smpai boleh main satu team Adith and Barie,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Niena menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Niena turut memasang hajat untuk bermain futsal bersama dua orang anak lelakinya Adith dan juga Barie.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Niena yang dilihat manis mengenakan hijab sewaktu bermain futsal.
Malah, mereka turut menyifatkan Niena akan terus menjadi inspirasi buat para gadis di luar sana untuk terus berkecimpung dalam sukan futsal.
Selain aktif sebagai pemain, Niena turut dilihat sudah mula menjinakkan diri menceburi bidang kejurulatihan.
Terdahulu, Rody dan Niena telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 April 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adithya Jabbar dan Barie Habibullah yang baru sahaja lahir pada 6 Julai lalu.
Sumber: Instagram Niena Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...