Celebrate Anak Genap 6 Bulan, Netizen Puji Elisya Sandha; “Cantik Sangat Mak Bunga, Both Cantik.”

Share

Sejak bergelar ibu, pelakon Elisya Sandha sering kali berkongsikan perkembangan terkini mengenai anaknya, Bunga Elhaq di platform media sosial miliknya.

Genap berusia enam bulan baru-baru ini, Bunga diberi ‘sambutan’ istimewa oleh ibunya seperti yang dikongsikan Elisya menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Elisya mendoakan agar puterinya itu membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

“Meraikan enam bulan bergelar ibu kepadamu Bunga. Cepatnya masa berlalu, Bunga dah enam bulan.

“Semoga BUnga membesar menjadi anak yang baik dan solehah, amin,” tulis Elisya di ruangan kapsyen.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Elisya serta kecomelan anaknya yang tampil ringkas bergaya dengan riben besar di kepalanya.

“Cantik sangat mak Bunga, tak berkelip mata kita tengok. Like mother, like daughter. Both cantik.

“Eiii cutenya Bunga, pandang tak jemu.

“Mak dia ni cantik sangat.

“Comel la dia, macam anak Korea.

“Alolo baiknya duduk atas kerusi, so cute!” komen sebahagian netizen.

Sekadar info, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 26, pada 21 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18 Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Elisya Sandha

Published by
Juliana Johar