
Pelakon dan model cantik, Celine Evangelista kembali mencuri perhatian apabila dia menerima gelaran kehormatan daripada Keraton Surakarta Hadiningrat.
Dia yang kini telah memeluk agama Islam dianugerahkan gelaran Kanjeng Raden Mas Ayu Celine Murtiningtyas sebagai penghormatan atas sumbangannya dalam melestarikan budaya Jawa sebagai Duta Kasunan Surakarta.
Sebagai Duta Kasunan Surakarta, Celine kini memikul tanggungjawab besar dalam memperkenalkan dan menjaga keunikan budaya Jawa agar terus dihargai oleh generasi muda.
Upacara penganugerahan ini berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat yang khidmat di kawasan keraton.
Celine tampil memukau dalam kebaya kutu baru berwarna merah jambu muda, dipadankan dengan sanggul tradisional yang menyerlahkan kecantikannya.
Keputusan pihak keraton memberikan gelaran ini turut membuktikan bahawa usaha serta kecintaan Celine terhadap budaya tempatan bukan sekadar simbolik, tetapi satu komitmen yang nyata.
BACA JUGA: Pelakon Filem Ruqyah: The Exorcism Tolak Tawaran RM600 Ribu Sebulan Jika Sanggup Hidup Bermadu
Tidak hadir bersendirian, Celine turut ditemani oleh dua putera kesayangannya, Cio dan Koa, yang tampil segak dalam busana adat Jawa lengkap dengan beskap dan blangkon.
Dalam tinjauan Media Hiburan ke Instagramnya, Celine memuat naik sebuah video bergambar yang menampilkan dirinya berada di dalam keraton.
Bersama hantarna tersebut, dia menulis sebuah falsafah jawa yang berbunyi, “Memayu hayuning pribadi, memayu hayuning kulawarga, memayu hayuning sesama, memayu hayuning bawana.”
Falsafah tersebut membawa makna mendalam tentang keseimbangan hidup dan tanggungjawab seseorang dalam menjaga keharmonian diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan dunia.
Merupakan anak kacukan Itali dan Bugis, Celine memeluk agama Islam sekitar tahun 2024. Menceburkan diri dalam dunia seni sejak tahun 2006 lagi, dia banyak berlakon sinetron selain turut melibatkan diri dalam beberapa buah filem.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI