Pengarah Dain Said memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan pelakon, Fattah Amin sepanjang menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul ‘Kulit Wayang’.

Menurut Dain, Fattah semakin menunjukkan kematangannya dalam lakonan dan sudah tiba masanya dia keluar daripada zon selesa.

Cepat Belajar & Ada Karisma, Dain Said Puji Fattah Amin – “Dia Pelakon Yang Bagus.”

Peningkatan Skil Lakonan

“Saya pernah melihat lakonan Fattah dan saya rasa dia seorang pelakon yang bagus. Jika kita meletakkan bakat lakonannya dalam konteks dan nuansa yang tepat, ia akan membuka peluang yang baharu.

“Jika bakat lakonannya diletakkan dalam satu stereotaip, ia akan terus kekal begitu. Selain itu, Fattah juga mempunyai pembawakan diri dan berkarisma tinggi.

“Sesetengah pelakon, pembawakan diri dan penampilan mereka tidak terlalu menonjol. Mereka tidak mampu untuk menggalas ruang-ruang di layar perak,” katanya kepada MH.

Ads

Malah, Dain turut menyifatkan Fattah sebagai pelakon yang cepat belajar dan faham kehendak pengarah.

Cepat Belajar & Ada Karisma, Dain Said Puji Fattah Amin – “Dia Pelakon Yang Bagus.”

“Bila saya mengarah, saya suka berinteraksi dan berbincang dengan pelakon. Saya tak suka bila pelakon ikut sahaja kata saya.

“Pada saya, itu bukan mengarah. Kita perlu berbincang mengenai watak dan memahami konteks cerita. Fattah seorang yang cepat tangkap dan ada cara sendiri untuk mendalami watak.

“Kalau pelakon ikut sahaja kehendak saya, baik saya berlakon sendiri,” ujarnya lagi.

Ads

Angkat Warisan Budaya Melayu

Sementara itu, Dain berbesar hati apabila diberikan tanggungjawab untuk mengarahkan sebuah filem yang mengangkat kisah warisan Melayu iaitu wayang kulit.

Cepat Belajar & Ada Karisma, Dain Said Puji Fattah Amin – “Dia Pelakon Yang Bagus.”

“Saya dibesarkan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di mana pantai bukan sekadar tempat bermain. Ia adalah pentas untuk bercerita.

“Di situlah saya mendengar para penglipur lara wayang kulit tempatan menghidupkan keajaiban melalui cahaya dan bayang-bayang.

Ads

“Hari ini, tradisi wayang kulit semakin pupus di Malaysia, namun ia masih memberi kesan yang mendalam kepada kami yang membesar dengan warisan ini.

“Selama berabad-abad, epik Ramayana menjadi tunjang utama cerita yang dipentaskan di seluruh Asia Tenggara melalui wayang kulit.

“Namun, saya amat tertarik apabila mengetahui bahawa tok dalang Melayu tradisional turut mencipta ‘cerita ranting’ mereka sendiri. Jalan cerita baharu yang berkembang daripada tunjang utama Ramayana,” akhirinya.

Kulit Wayang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei ini.

Selain Fattah, filem seram triler ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jenna Kamaratih, Reynavenzka Deyandra dan Amanda Ang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI