Sesi persekolahan di seluruh negara kini telah dibuka semula secara berperingkat sejak awal Oktober lalu memberi pelbagai pengalaman buat para ibu bapa dan penjaga.
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob misalnya mengakui dia sebak ketika mahu menghantar salah seorang anaknya, Alayna Selma ke sekolah.
Menurut Fazley, hari ini merupakan hari pertama Alayna atau lebih mesra dengan panggilan Ellie menjalani sesi persekolahan.
Masa berlalu sangat pantas, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Asmara ini itu turut membacakan doa buat kesejahteraan anak tersayang.
Ads
“Hari pertama @elliefazley ke sekolah, sebak rasa. Besar dah baby Dida sorang ni. Saya sempat ajar Ellie baca doa sebelum pergi sekolah. Semasa baca doa ni pun saya dah sebak. Entah kenapa rasa macam tu ya.
“Saya dan @azrene_ahmad hantar dia atas permintaan ellie “I want Mama & Dida to send me!”
Cepat betul masa berjalan.
Ads
“Tahu-tahu esok Ellie dah nak kahwin. Pejam celik saya dah timang cucu! Ellie please dont grow up so fast! #fatherdaughter,” tulisnya.
Telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu, Nur Risteena dan Isa Khan masih dalam perancangan untuk membina mahligai bersama.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum mempunyai tarikh spesifik untuk menentukan tarikh bahagia mereka.
Perkara itu dikongsikan Isa menerusi Youtube rasmi, IsaxRis TV dengan durasi selama sembilan minit untuk menjawab persoalan peminat.
“Semuanya dalam perancangan. Kita pun kalau boleh tak nak bertunang lama-lama.
“Namun, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
“Tambahan pula, saya sebagai pihak lelaki. Insyallah, tahun 2020 ini menjadi tahun yang baik dan tiada halangan.
“Jika tiada aral melintang, saya akan halalkan si dia (Risteena),”kata Isa jujur.
Malah, Risteena menyifatkan bahawa Isa seorang yang ‘gentleman’ dan romantik kerana berani melamar dirinya di Bali, Indonesia tahun lalu.
“Perkara yang paling membuatkan saya tersentuh apabila Isa melamar saya di Bali. Sejujurnya, saya tidak pernah merasa momen sedemikian dan itu merupakan sejarah pertama bagi saya.
“Malah, Isa merupakan lelaki pertama dan terakhir melakukan momen bahagia kepada saya.
“Sebelum ini saya ada memasang impian agar ada seseorang yang membuat perkara berkenaan, ternyata impian saya tercapai dan jejaka itu adalah Isa Khan,” jujur Risteena.
Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Ikuti video penuh di bawah;
Video : Youtube IsaxRis TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha turut diperkatakan selepas nama mereka dipetik dalam isu melibatkan penyanyi Aliff Aziz, Ruhainies dan wanita bernama Sarah Yasmine oleh warganet, Emma tampil memberikan penjelasannya.
Panjang lebar menjelaskan situasi sebenar di dalam video yang dikongsikan di Instagram, Emma antara lain mengakui kesilapannya kerana bertanya kepada Ruhainies mengenai khabar angin isu melibatkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah.
Emma berkata, dia tidak mempunyai niat tidak baik, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar mengenai apa yang berlaku.
“Saya cakap jujur, sepanjang saya shooting memang kes Bella viral dekat kita punya produksi, belakang tabir. orang asyik cakap dan tanya tapi saya cakap tak tahu.
“Saya dengar macam-macam cerita dan khabar angin. Saya dengar cerita, saya jadi kesian dekat Bella. Tapi saya ada dengar orang lain borak, orang kata sebaliknya,” kata Emma.
Malah Emma turut memaklumkan dia tidak menyelebelahi mana-mana pihak dan mengakui dia sepatutnya menghubungi tuan badan sendiri bagi mengetahui khabar angin tersebut.
Susulan salah faham itu, Emma sudah berhubung seterusnya memberikan penjelasan dan memohon maaf kepada Bella melalui rakan artis.
“Saya nak minta maaf kepada Bella sebab jadi kepochi. Saya minta maaf, saya tak sepatutnya masuk campur. Saya pun dah kahwin, faham benda itu. Saya tak ada niat nak kutuk, saya minta maaf,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin akui pada awalnya dia agak berbelah bahagi untuk menamakan judul drama terbaru arahannya, Cina Buta.
Menurut Shahrulezad, meskipun pada mulanya pihak stesen televisyen dilihat seperti tidak bersetuju, namun, dia merasa Cina Buta merupakan tajuk yang paling sesuai bagi menggambarkan keseluruhan drama ini.
“Surprisingly. Masih ramai yang tak faham apa itu Cina Buta. Ada yang ingat abam typo semasa announce tajuk drama terbaru abam. Diorang ingat Cinta Buta.
“Masa mula mula nak pilih tajuk Cina Buta ni abam pening gak nak pikir tajuk yg sesuai. Pada awalnya pihak Astro kurang bersetuju sbb tajuk dia macam rasis sikit.
“Tapi abam cakap tajuk Cina Buta lah paling sesuai sebab ianya straight forward. Tajuk jer dah macam satu sinopsis pada audience cerita Cina Buta ni pasal apa,” tulisnya.
Katanya lagi, drama ini bakal memberikan pengajaran buat pasangan suami isteri tentang hukum nikah cerai yang tidak boleh dipersenda dan dipermainkan.
“Bagi yang tak faham apa maksud Cina Buta ni drama ini adalah sebuah cerita tentang konsep Cina Buta dalam perkahwinan Islam yang hukumnya adalah HARAM!
“Tapi ramaiiiiiiii yang terdesak melakukannya hanya semata mata mahu menyelamatkan sebuah perkahwinan. Diorang pejam mata mengupah si ‘cinabuta’ gara gara kesilapan mereka sendiri yg mengambil remeh tentang isu nikah cerai.
“Kalau nak tahu dari mana datangnya istilah Cina Buta ni. Dan kenapa bukan Melayu Buta atau India Buta? Korang kena tonton drama Cina Buta ni. Ada sejarah disebalik istilah ini,” kongsinya lagi.
Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijad berkongsi kisah tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Malah, dia turut menyifatkat karya terbarunya ini sebagai usaha dakwah kecilnya dan bukan hanya sekadar hiburan semata-mata.
“Oh yer bagi sesiapa yang berkahwin ‘cina buta’ ni, bukan saja hukumnya haram. Malah pernikahan itu sendiri terbatal dengan sendirinya kerana segalanya bermula dengan penipuan. So bayangkan je lah kalau kita ada anak dari hasil perkahwinan cina buta kita tu. Apa taraf anak kita tu.
“Sebenarnya ada jalan macam mana kita nak selamatkan perkahwinan kita yang tertalak tiga tu tanpa melibatkan ‘cinabuta’ kalau nak tahu caranya korang kena tengok drama ‘Cina Buta’ ni sampai habis.
“Semoga drama Cina Buta ini mampu memberi kefahaman pada kita semua. Bukan sekadar gelak gelak kosong tapi ada mesej atau dakwah kecil yang abam dan rakan rakan mahu sampaikan dalam santai dan ringan,” akhirinya.
Terdahulu, Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Drama ini bakal membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!