“Cepat Betul Masa Berjalan. Tahu-Tahu Esok Ellie Dah Nak Kahwin,” – Fazley Yaakob Sebak Masa Ajar Anak Bongsu Doa Sebelum Pergi Sekolah

Share

Sesi persekolahan di seluruh negara kini telah dibuka semula secara berperingkat sejak awal Oktober lalu memberi pelbagai pengalaman buat para ibu bapa dan penjaga.

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob misalnya mengakui dia sebak ketika mahu menghantar salah seorang anaknya, Alayna Selma ke sekolah.

Menurut Fazley, hari ini merupakan hari pertama Alayna atau lebih mesra dengan panggilan Ellie menjalani sesi persekolahan.

Masa berlalu sangat pantas, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Asmara ini itu turut membacakan doa buat kesejahteraan anak tersayang.

“Hari pertama @elliefazley ke sekolah, sebak rasa. Besar dah baby Dida sorang ni. Saya sempat ajar Ellie baca doa sebelum pergi sekolah. Semasa baca doa ni pun saya dah sebak. Entah kenapa rasa macam tu ya.

“Saya dan @azrene_ahmad hantar dia atas permintaan ellie “I want Mama & Dida to send me!”
Cepat betul masa berjalan.

“Tahu-tahu esok Ellie dah nak kahwin. Pejam celik saya dah timang cucu! Ellie please dont grow up so fast! #fatherdaughter,” tulisnya.

Untuk rekod, Fazley dan isterinya, Datin Azrene Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

 

Published by
Nazar Rafiqhi