“Cepat Pulang Sayang…,” – Permintaan Sayu Vokalis Seventeen Band Pada Isteri Yang Hilang Dalam ‘Amukan’ Tsunami

Share

Vokalis Seventeen band, Ifan mendoakan agar isterinya, Dylan Sahara cepat pulang semasa hari ulang tahun kelahiran isterinya, semalam.

Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah memuat naik foto mesra bersama isterinya dengan ucapan khas buat Dylan di laman Instagramnya.

“Hari ini kamu ulang tahun, aku mau ucapin langsung, cepet pulang sayang @dylan_sahara,” tulisnya.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang tersentuh dengan ucapan Ifan tersebut serta turut sebak.

Band tersebut merupakan mangsa kejadian tsunami yang melanda Anyer, Indonesia pada Sabtu dan mengorbankan pemain bass dan pengurus mereka.

Manakala, tiga lagi anggota band itu dan isteri Ifan masih lagi hilang.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika band itu sedang melakukan persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort.

Dalam pada itu, menjengah di laman Instagram Dylan, pasangan ini rupanya baru pulang dari bercuti di Greece. Kelihatan banyak sekali foto mesra mereka bersama.

MH ingin mendoakan agar isteri Ifan dan mereka yang masih hilang dapat ditemui dalam keadaan selamat. Amin.

Foto/Instagram: Ifan Seventeen Band & Dylan Sahara

Published by
Khaleeda Rashikin