Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan aktor Hafidz Roshdi serta insiden menumbuk isteri, Nur Shuhada Mat Shukri terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak ketinggalan memberikan kata-kata pesanan buat rakan selebritinya serta mengharapkan Hafidz cepat sembuh dan kembali membetulkan kesilapan yang dilakukan.
“Nota buat Hafidz.. sahabat, dunia ni kadang-kadang pelik. Allah tengah uji awak dan keluarga.
“Stay strong buat awak dan isteri. Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana yang longgar dan silap.
“You can get through this brother,” tulis Sharnaaz dalam perkongsian Insta Story.
Dalam posting itu juga, Sharnaaz, 38, mengharapkan agar tidak ada mana-mana pengikut Instagramnya cuba untuk ‘melaga-lagakan’ lagi permasalahan yang sudah sedia menimpa pasangan tersebut.
“2.1 juta yang follow aku ni, tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Semoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.
“Cuba ambil yang positif.. tak cukup ke negatif dalam harian kita?” soal Sharnaaz.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.