Suami kepada pelakon, Hanif Zaki ada menitipkan ucapan teristimewa buat Anzalna Nasir bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketika.
Menerusi posting terkininya di Instagram, Hanif memaklumkan usia perkenalan mereka sudah pun menjangkau usia 13 tahun dan mengakui begitu cepat masa berlalu.
“Cepat sungguh masa berlalu, we have known each other for 13 years and today is our 3rd year wedding anniversary!
“The best part is i keep falling in love with her every single day. Alhamdulillah soon its gonna be the three of us. Cant wait baby!,” kongsinya.
Apapun, ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini pastinya akan lebih bermakna apabila isterinya yang berusia 31 tahun itu kini sedang hamil anak sulung.
Difahamkan, usia kandungan Anzalna sudah pun mencecah usia 5 bulan. Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.
Foto: Instagram Anzalna & Hanif Zaki