Sedang diulit bahagia! Itu ungkapan paling sesuai buat Ruhainies ketika ini apabila dirinya tidak lekang dari diraikan insan tersayang bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27, pada 27 Julai lalu.
Jika sebelum ini bintang tersebut diraikan peminat dan sahabat handai dalam suasana yang penuh meriah, kali ini pelakon Jejak Karmilla ini ada berkongsi beberapa keping foto sekitar sambutan hari jadinya yang dirai bersama kekasih hati.
Hanya mahu dikenali sebagai Mr. E.Johan, usahawan itu dilihat mengenakan sut biru sementara Ruhainies pula tampak ayu mengenakan gaun senteng polos putih.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan ucapan hari jadi buat Ruhainies, meski ada segelintir peminat yang turut memberi pesan agar pasangan ink segera mendirikan rumah tangga.
Pertengahan tahun lalu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, secara terbuka berkongsi kepada media dengan mendedahkan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka Melayu menetap di London, United Kingdom.
Soal kahwin, Ruhainies juga mengakui dia lebih selesa memberikan laluan terlebih dahulu kepada kakak, Nur Risteena yang turut memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI