Penyanyi, Lufya Omar berharap agar penularan wabak Covid-19 ini segera berakhir supaya kita semua dapat menjalani rutin harian seperti sedia kala.
Menurut Lufya, dia amat merindukan suasana semasa di masjid terutamanya ketika menyertai kelas-kelas agama.
Malah, bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu turut menyatakan hasrat agar solat Jumaat dapat disempurnakan seperti biasa tanpa perlu dijarakkan safnya satu hari nanti.
“How’s everybody doing? May we always be under the protection of Allah. I was hoping cepat la masjid di buka semula, aktiviti pembelajaran boleh bermula, sembahyang Jumaat dapat disempurnakan dan saf boleh dirapatkan.
Ads
“Hanya dengan bantuan Allah Covid 19 ni boleh dihapuskan. Hanya dengan bantuan Allah SWT Covid 19 ni boleh hilang. This is just my opinion. Wat say u? ,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Lufya turut menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar keadaan di negara ini kembali stabil.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut berharap agar rakyat Malaysia terus kekal berdisiplin supaya kita dapat memerangi wabak Covid-19 ini.
Sumber : Lufya Omar
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian respon bersahaja isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada saat ditanya mengenai warna pakaiannya yang dilihat hampir sama dengan suaminya ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada petang Isnin.
Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding tuntutan hadanah.
Menurut Shuhada, dia hanya mengharapkan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Saya okay sahaja, InsyaAllah. Saya hanya mahu anak-anak sahaja,” jawabnya ringkas.
Sementara itu, Hafizh tiba di mahkamah lebih awal dengan mengenakan suit berwarna biru muda enggan memberikan sebarang komen ketika disapa pihak media.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Shuhada menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti yang kita semua tahu, kerajaan ketika ini sedang giat berusaha memulihkan semula sektor ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.
Lalu, kesemua sektor ekonomi sudah pun mula beroperasi secara berperingkat setelah hampir beberapa bulan begerak secara perlahan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bakal meneruskan lagi kempen Beli Barangan Malaysia bagi tahun 2021.
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah pun banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Kemunculan Covid-19 seharusnya membuka mata semua pihak di negara ini untuk mengutamakan produk tempatan.
Memasuki dekad baru ini, pengguna juga perlu membuang ego dan mengikis persepsi bahawa produk import lebih baik daripada barangan tempatan.
Barangan tempatan kini merangkumi pelbagai jenis produk daripada makanan, pakaian, barangan elektrik, hasil kraf tangan dan banyak lagi.
Tahukah anda, kebanyakan produk ini telah pun mematuhi standard atau piawaian SIRIM sebagai bukti produk mereka sememangnya bermutu tinggi.
Dengan menunjukkan sokongan terhadap barangan tempatan, kita secara tidak langsung dapat membantu para perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Jadi jom sama-sama meriahkan Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia yang akan diadakan di Dataran Cenang, Pulau Langkawi pada 11 sehingga 14 November ini.
Karnival yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Rosol Bin Wahid dan khabarnya, pelbagai produk dan barangan Malaysia akan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.
Malah, promosi besar-besaran juga akan jadi daya penarik buat semua yang mengunjung.
Lebih menarik, terdapat juga beberapa pameran dan demonstrasi bagi penghasilan produk-produk tempatan ini. Pendek kata, pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba di sana selain daripada membeli belah.
Pelbagai peraduan istimewa yang boleh anda sertai. Siapa tahu andalah pemenang bertuah itu nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan dan menerokai produk tempatan. Cintailah produk dan barangan tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi? Memang kenalah dengan slogannya, #BarangBaik, BarangKita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gitaris kumpulan rock lagenda tanah air, Search, Din berharap agar semua pihak dapat memberi peluang kepada penyanyi, Akim Ahmad yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh vokalis asal, Amy bagi menjayakan projek Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim.
Memetik laporan Harian Metro, Din memaklumkan keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama anggota kumpulan yang lain serta pasukan produksi.
Katanya lagi, Akim merupakan pilihan utamanya sejak dari awal kerana menyifatkan penyanyi tersebut memiliki pakej yang lengkap serta karismanya yang tersendiri.
“Kami terlebih dulu berbincang dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Namun, selepas penilaian, kami sebulat suara memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.
“Namun, secara peribadi Akim memang pilihan pertama saya. Dia ada karisma tersendiri selain kredibiliti di mana dia berkemampuan mencipta lagu.
“Pendek kata Akim ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami dan jangan bandingkan dengan Amy,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Din turut memberi tahu, perjalanan Search tetap harus diteruskan meskipun tanpa kelibat Amy yang selama ini menjadi tulang belakang kumpulan tersebut
“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami mahukan pengakhiran yang baik. Walaupun tanpa Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayangkan kumpulan ini. Ke mana saja saya pergi, orang bertanya mengenai Search.
“Persembahan kami bersama Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Ia sangat penting kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Amy.
“Amy tak ada pengganti, cuma kami perlu ‘move on’ untuk teruskan legasi Search. Ini kerana peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan, Akim & The Majistret mengakui berasa sangat teruja selain turut berjanji akan menggunakan peluang ini sebaiknya.
“Search memang idola saya dari dulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama mereka, ia satu penghargaan buat saya.
“Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan anda buat kami,” katanya lagi.
Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim bakal berlangsung pada Sabtu ini jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka.
Selain Melaka, Rockology Malaysian Tour 2021 juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Kuala Lumpur pada Jun ini, Perak (Julai), Pulau Pinang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.