Pelakon, Hafreez Adam muat naik foto berserta kapsyen yang memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak mencari musuh.
“Hidup ni, jangan cari musuh. Bila orang tak ganggu kita, kenapa kita ganggu orang? Tapi kalau orang mahu bermusuh dengan kita, ambil pendekatan positif untuk tidak mengendahkannya.
“You don’t have to fight back. But you certainly can ignore. Life is way too short to try to please people. Live life positively.
“Sebab kauorang bertanggungjawab untuk kehidupan kauorang sendiri. Bertindak bijak.Think positive, be positive & stay positive,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada yang menyangkakan bahawa entri tersebut ada kaitan dengan teman wanitanya, Zara Zya apabila hubungan mereka kini seolah-olah dilanda badai.
Susulan itu, ada netizen yang memohon agar Hafreez lekas-lekas berbaik dengan Zara.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang terkesan dengan perkongsian Hafreez itu dan mengatakan bahawa kata-katanya adalah penguat semangat mereka.
Sebelum ini, Zara ada memuat naik status di laman Instagramnya mengenai soal hati dan perasan yang dilihat berkait rapat dengan hubungannya bersama Hafreez.
Namun aktress itu bertindak memadam entri tersebut serta tidak mahu memanjangkan isu untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Foto/Instagram: Hafreez Adam