Categories: Berita

“Cepatnya Masa Berlalu,” – Izreen Azminda Teruja Anak Masuk Darjah 1 Tahun Depan

Share

Pelakon jelita Izreen Azminda atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya, beberapa hari lalu.

Menerusi posting tersebut, Izreen telah berkongsi rasa teruja bersama peminatnya.

Kongsi pelakon berusia 34 tahun itu, anak pertamanya, Adrian Umar bakal memasuki darjah satu, tahun hadapan.

“Haii la anak teruna mama.. Pejam celik pejam celik dah besaq dah.. tahun depan dah darjah satu dah.

“Cepatnya masa berlalu.. #adrianumar,” tulisnya.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Gambar : Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi