Filem sentuhan terakhir Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Filem komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu itu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya;
“Rate 10/10… malam ni layang pulop sekali lagi. Tak puas tengok semalam.. nakal molep.. Taniah bos Amen Khalid. Cerah masa depan deme dan semua kru yang terlibat.”
“TERBAIK FILEM NI TGK BEST SGT.BYK MESEJ YG DI SAMPAIKAM DLN FILEM INI.TAHNIAH AMIN KERANA MEMBAWA CERITA MASYARAKAT DLM KARYA FILEM.”
“Terlalu banyak scene yang cantik dalam filem kali ni. lagu Jamal ni memang saya minat. Ditambah dengan watak Gerhana yang umpama pahlawan Melayu dan aktres yang cantik. Jugak cinematography yang mengkagumkan. Kasi layan…”
“Kampong Pisang Berbuah Dua Kali lagi best dari Batman.”
Menyatakan rasa syukur, Amen Khalid turut berterima kasih kepada peminat setia karya Allahyarham bapanya.
“Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton.
“Saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. Insyaallah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad
turut optimis terhadap filem berkenaan yang sesuai ditonton seisi keluarga.“Melihat penerimaan penonton terhadap filem ini, rata-ratanya terhibur dengan babak-babak komedi yang dipersembahkan. Kami yakin filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali amat sesuai ditonton seisi keluarga.
“Kepada mereka yang belum menonton, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di samping meluangkan masa bersama insan tersayang di rumah dengan menonton filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan syabas kepada Amen Khalid yang telah menambat hati penonton melalui sentuhannya,” katanya.
Filem terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi yang mendukung watak sebagai Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek) dan Azman Mantra (Cik Gerhana).
Turut terlibat di dalam filem tersebut ialah
Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria(Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.