Cerai Dengan Shuhada, Hafidz Roshdi – “Saya Hormati Keputusan Hakim, Puas Hati…”

Share

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Sambil mengucapkan terima kasih kerana memahami atas situasi yang berlaku, Hafidz bersyukur kerana berjalan lancar.

“Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormati privasi dan karier seni. Saya juga hormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini,” katanya, lapor kepada Harian Metro. 

Sementara itu, menurut peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, mahkamah sudah menerima permohonan yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu.

“Cerai hanya berlaku sekali sahaja. Tuntutan balas daripada Shuhada yang dakwa ada tuntutan sebelum itu pada 22 Januari, hakim tidak terima. 

“Hanya talak satu dijatuhkan, walaupun Shuhada minta talak dua,” katanya.

Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan terbabit.

Berikutan itu, Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan 9 Mei lalu, selepas peguam syarie, Datuk Akberdin yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai terbabit.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH