Pelakon Adam Corrie memuat naik semula resipi Mee Kicap Wantan yang pernah meraih lebih 100,000 perkongsian di laman Facebook tiga tahun lalu.
Kini, dia berbesar hati untuk berkongsi resipi untuk panduan orang ramai meski cara penyediaan mungkin berbeza dengan orang lain.
“Ok sebab ramai yang DM minta saya semula resepi Mee Kicap Wantan.
“Saya share semula cara-cara nak masak Mee Kicap Wantan cara Adam Corrie. Cara saya mungkin tak sama dengan cara & resepi orang lain. Ikut cara dan citarasa masing-masing.
“Ini gambar lama pada tahun 2017.
Slide gambar untuk dapatkan resepi.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang. #adamcorrie
#meekicapwantamAdamCorrie
#stayAtHome.
“Jemput makan sambil tgk bola. Siap dah dinner saya mlm ni. Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina, dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya.
“RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE:
– mee wantan . Kalau guna mee lain, tak jadilah mee wantan. Rasa tak sama nanti
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat). Mee wantan ada jual di supermarket.
– minyak bijan
– kicap pekat
– kicap cair (apa2 brand pon ok)
– Sos tiram
– Sayur sawi / siew pak choi.
Ads
Campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu, pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee.
Kulit Wantan
– tepung gandum
– Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih.
– sedikit garam
– 1 sudu besar minyak masak
– satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam sertaminyak masak.
– kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan taklekat kat tangan.
– uli hingga sebati kemudian biarkan kejapdlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras. Payah sgt, beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3.
Ads
Isi / Inti Wantan
– Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
– Daun bawang di ptg halus
– Karot di potong halus.
– tepung sikit
– lada sulah
– Garam
– Sos tiram
– Gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
– siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
Sup Ringkas Adam Corrie
– Air
Ads
– Lada sulah
– Kiub ayam
– Daun ketumbar
– Bawang goreng
– didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
“Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
“Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada. Ikut selera masing-masing.
#adamcorrie
#kopibadang
#meewantankicap
#makananturuntemurunsaya
www.adamcorrie.my
Kopi Badang Official
Mr & Mrs Adam Corrie
P/s : saya tak ada restoren ye. Terima kasih,” kongsinya di laman Facebook.
Hari ini genap ulang tahun kelahiran pelakon Ayu Raudhah yang ke-34 tahun.
Lantas, suaminya Mohd Zaquan Adha telah memberi ucapakan istimewa buat isteri tercinta menerusi akaun Instagram miliknya.
“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.
Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.
Diana Danielle ada berkongsi rakaman video bersama selebriti lain sedang menikmati ayam goreng.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah mimik muka Wany Hasrita yang sebelum ini dikenali dengan imej sopan dan bersih.
Riak wajah penyanyi Menahan Rindu itu kelihatan cukup lucu dan bersahaja.
“Sedap sangat ayam ko Wany ?Dulu ingat @wanyhasrita budak skema. Kalau di kalangan kita dia digelar ustazah, skrg dah tercemar dgn perangai org sekeliling yg tak berapa reti nak husnuzon.
“Tapi muka sedap makan ayam dia tu melebihi nikmat normal.
“We love u Wany, pls continue to make us laugh.
“Thank u @dorennn._ sbb selalu capture moments,” tulis Diana di laman sosialnya.