Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sinonim sebagai sweet couple yang sentiasa memuat naik gambar-gambar comel di Instagram masing-masing.

Bohonglah jika perhubungan rumahtangga mereka tidak pernah bergolak, namun kedua-dua mereka bijak mengatasi masalah yang menimpa  dan tidak mahu berkongsi cerita ‘dalam kelambu’ dengan orang ramai.

Menjawab mengenai isu tersebut, Aeril punya jawapan sendiri.

“Bagi saya sendiri cerita dalam kelambu (hal suami isteri) tidak perlu rasanya untuk dihebohkan di media sosial dan saya tak akan post..

“Cukup kita yang dalam family ini sahaja tahu. Tak perlu orang luar atau orang yang kita tak kenal tahu cerita lebih-lebih pasal masalah rumahtangga,” kata Aeril kepada MH. 

Dalam pada itu, Aeril juga meluahkan rasa syukurnya kerana perkahwinan yang dibina selama ini kekal bahagia.

Ads

Malah, setakat ini mereka juga tidak mempunyai masalah yang boleh disifatkan terlalu besar.

“Tapi setakat ni Ahamdulillah selama tujuh tahun ni , rasanya tak ada pula masalah yang terlalu besar sampai baling-baling kuali, senduk semua.

“Sebab tu kami tak ada post benda-benda macam tu, kalau ada sekali pun, kami tak share,”kata Aeril. 

Ads

“Sesetengah orang buat benda macam tu mungkin untuk tarik perhatian, tapi bagi kami sampai nak share dalam media sosial tak perlu kot rasanya, cukup selesai cara baik dan matang,” jelas Aeril. 

Aeril, 31 tahun turut ‘membongkar’ rahsia Wawa dalam hal rumahtangga.

Ads

“Kami gaduh sikit-sikit tu biasalah.. Macam Wawa sendiri, tak perlu pujuk. Kadang-kadang dia baik sendiri,” kata Aeril berseloroh. 

Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa kini sedang sibuk membuat persiapan untuk mengembangkan perniagaan terbaru mereka iaitu madu.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun.

Foto : Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI