Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk program Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Rabu.

Menerusi undangan yang diadakan secara maya itu, Shahirah berkongsi pengalaman ketika menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir, baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya hanya berhubung dengan mangsa banjir untuk hulurkan sumbangan dan selepas itu ramai daripada pengikut saya di Instagram dan rakan selebriti yang turut sama-sama menolong saya.

“Ada barang-barang yang saya terima tu sangat bagus untuk diagihkan kepada mangsa banjir tapi dapat yang sampah pun banyak juga.

Ads

“Ketika saya turun ke sana, saya lihat banyak kain baju yang macam nak pergi kenduri, kain licin dan sebagainya. Mereka yang mangsa banjir ini sebolehnya mahu baju yang selesa untuk diguna pakai ketika mengemas rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Shahirah turut menceritakan beberapa insiden yang berlaku serta sikap sengelitir mangsa banjir sepanjang menjalankan misi bantuan tersebut.

Ads

“Yang tidak bersyukur tu mungkin ada tapi dalam satu dua orang sahaja. Kadang-kadang bila hal banjir ni berlaku, ada yang perangai sebenar tu keluar.

“Ada juga yang emosi tidak stabil, jadi keluar macam-macam perangai kadang-kadang tu tapi saya tak ambil hati sebab saya faham keadaan mereka.

Ads

“Kadang tu ada juga yang suka berebut barang antara satu sama lain,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sharifah Shahirah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI