Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan dirinya pernah lemas oleh kerana tidak tahu bagaimana untuk berenang, suatu ketika dahulu.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, insiden pahit tersebut berlaku ketika dia berusia 8 tahun.
Selepas insiden tersebut berlaku, penyanyi lagu Mata ini mengambil inesiatif dengan mengikuti kelas renang sekaligus menyertai pertandingan.
“Happy Sunday Everyone! Giant Swimming Pool by @lulaland.my bukan @rayyanandmaya je mandi, yang tua bangka pun join!
“Cerita pasal swim, saya pernah lemas masa umur 8 tahun, lepastu terus masuk swimming class siap masuk competition!
“Haha! Korang pandai berenang tak? Swim betul tau, jangan swim dengan buaya darat. Nanti kena ‘ngapp’ #AydaJebat #NabilMahir #DudukRumah #TengokMaya,” tulis bintang berusia 29 tahun ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Ayda Jebat