
Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne dilapor terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebentar tadi.
Menerusi gambar yang diterima, seperti yang dipetik Gempak, keadaan kereta Sandra dipercayai dinaiki bintang muda itu berada dalam keadaan remuk pada bahagian depan.
Turut kelihatan, cermin di bahagian hadapan dan belakang kereta juga pecah.
Difahamkan, Sanda kini sedang dirawat dan dalam kejadian berlaku dipercayai apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.
Malah, sehingga kini pembabitan Sandra bagi konsert keempat Big Stage masih lagi tidak dapat diputuskan.
Apapun, sama-sama kita doakan semoga Sandra tidak mengalami kecederaan serius.
Sumber: Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ina & Maria Paling Menyerlah, Konsert Pertama Kilauan Emas 2024 Bukti Usia Bukan Penghalang Bakat Unggul

Isi Kandungan
ToggleKonsert pertama Kilauan Emas 2024 telah pun melabuhkan tirai semalam. Siapa sangka selepas tujuh tahun ‘hiatus’, rancangan realiti nyanyian khusus untuk golongan veteran ini masih berbisa.
12 finalis yang dipilih ternyata memiliki bakat yang cukup besar menjadikan konsert pertama malam tadi lengkap rencah dan mengasyikkan. Pilihan-pilihan lagu dilihat kena dengan setiap peserta.
Milik Peserta Wanita
Kejuaraan minggu pertama menjadi milik Maria yang mendendangkan lagu Pelesit Kota dengan penuh bertenaga. Dia berjaya meraih markah sebanyak 75.38% untuk persembahannya itu.

Masakan tidak, anak jati Terengganu ini meraih pujian dan juga ‘standing ovation’ daripada pada juri profesional malam itu.
Walaupun begitu, gelaran Emas Berkilau of The Week menjadi milik Ina atau nama penuhnya Nur Fadhlina Ismail yang menampilkan persembahan dan vokal cemerlang menerusi lagu Cinta milik penyanyi asal, Vina Panduwinata.
Dari sudut pandangan Media Hiburan, kedua-dua Maria dan Ina antara pencabar utama kepada peserta lain berdasarkan showmanship dan kualiti vokal yang dikawal baik.
Peserta wanita lain seperti Gie, Balqis, Atie dan Ron menyerlahkan potensi masing-masing dengan maksimum. Walaupun Sue terlupa lirik saat menyanyikan lagu Cinta milik Marsha Milan Londoh, namun dia berjaya melakukan comeback dengan baik.
Peserta Lelaki Tercorot
Hanya lima peserta lelaki musim ini berbanding tujuh peserta wanita, menyaksikan Wan dan Dino terselamat daripada berada di kedudukan paling bawah
Peserta tiga terbawah bagi konsert pertama kali ini adalah Sidi, Hamid dan Budin yang mana masing-masing hanya berjaya mendapat markah sebanyak 62.60%, 55.34% dan 43.83%.
Seperti boleh diagak berada di tangga paling bawah, Budin yang menyampaikan lagu Siapa Di Hatimu menampilkan persembahan kurang bertenaga dan lebih kelihatan seperti sedang menyanyi karaoke.
Namun begitu, peniaga pakaian dari Georgetown ini memiliki kesempatan untuk menebus kembali kekecewaan minggu ini apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert pertama.
Imbas kembali, konsert pertama kilauan emas malam tadi telah dinilai oleh juri tetap, Erra Fazira dan Roy Azman manakala Datuk Yusof Haslam bertindak sebagai juri jemputan.
Bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, #JomUsha Kilauan Emas 2024 setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Prima
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Persiapan Majlis Kahwin Sedang Berjalan,” – Raysha Tunang 22 Disember Tahun Lalu, Cuma Baru Kongsi Berita

Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya sudah selamat bertunang dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 30, dalam satu majlis yang berlangsung secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu dan bukannya pada Selasa (14 Februari).
Meski sudah bertunang lebih sebulan lalu, namun Raysha, 27, atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz kini baru bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.
“Saya bertunang pada 22 Disember, tahun lalu dan baru sekarang memutuskan untuk berkongsi berita ini. Tidak dinafikan ada yang berpendapat ikatan pertunangan tak perlu dihebohkan tapi saya rasa tidak salah untuk berkongsi.
“Persiapan untuk majlis perkahwinan sedang berjalan, doakan semoga semua dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Dewi Remaja 2015 ini memuat naik hantaran di Instagram mengenai hari bahagianya itu.
“Alhamdulillah. Saya secara rasminya bertunang,” kongsinya pada ruangan kapsyen.
Media sebelum ini melaporkan, adik kepada Uqasha dan Nelydia itu sudah bersedia untuk bergelar suri hati kepada lelaki pilihannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Jeffri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ambil Masa…,” – Respon Sarah Bila Syafiq Kyle Dikata Tak Sesuai & Macam Anak Tiri Dalam MV Semakin

Muzik video single terkini Siti Sarah, Semakin yang dilancarkan semalam telah pun menjadi antara muzik video paling trending di YouTube.
Malah ‘pencarian’ produksi Semakin terhadap siapakah lelaki yang paling layak untuk muncul di dalam muzik video berkenaan akhirnya selesai apabila nama hero drama Nur, Syafiq Kyle diumumkan.
Bagaimanapun, muzik video yang kini telah pun ditonton hampir 400,000 kali itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan pencinta muzik.
Ada yang suka dan teruja untuk menonton lakonan pertama Sarah dan Syafiq menerusi muzik video berkenaan dan tidak kurang yang tak suka dengan gandingan tersebut yang dirasakan tidak serasi, ibarat ibu dan anak tiri!
Mendapatkan reaksi si penyanyinya, Sarah ketika dihubungi MH tidak melatah. Sebaliknya penyanyi yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib ini mengakui setiap sesuatu kelainan yang dilakukan pasti akan mengambil masa.
“Syukur kerana pelancaran Semakin dipermudahkan dan semestinya saya gembira apabila impian untuk melihat muzik video ini mendapat sambutan menjadi kenyataan. Saya percaya untuk persembahkan sesuatu yang memberi impak, ia akan ambil masa untuk peminat terima.
“Biasalah dalam ramai yang suka ada juga yang tidak suka. Saya okay memandangkan masing-masing berhak untuk membuat penilaian sendiri. Apa pun saya gembira kerana Semakin sudah menjadi antara lima muzik video teratas yang kini trending, alhamdulillah syukur,” kongsinya.
Pada masa sama, Sarah turut berterima kasih kepada Syafiq memandangkan dia seorang pelakon yang komited meski penggambaran dilakukan pada waktu terhad.
“Meski jadual kami padat, namun dia tetap sudi luangkan masa seterusnya memberikan yang terbaik. Malah dia banyak juga bantu saya untuk ambil mood dalam lakonan. Ini liga dia jadi saya terima dan terima atas tunjuk ajar,” jelas Sarah.
Foto: Instsgram Sarah Raisuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI