Wow! Jika sebelum ini ahli gusti hiburan WWE, John Cena mengesahkan dirinya akan menjadi sebahagian daripada famili ‘Fast & Furious’ dalam versi barunya, kali ini satu lagi kejutan bua pencinta siri itu di seluruh dunia.
Dua pelakon terdahulu yang juga pemenang anugerah Oscar, Charlize Theron dan Helen Mirren dilaporkan kembali membintangi Fast 9.
Malah, perkara tersebut telah pun disahkan sendiri pelakon utamanya, Vin Diesel menerusi Instagram dua hari lalu. Video tersebut setakat ini telah pun ditonton lebih 2 juta kali.
“Minggu ketika Fast 9, kita ada ramai pelakon asal di sini, termasuklah pemenang Oscar seperti Charlize Theron dan Helen Mirren.
“Ada juga beberapa kejutan baru, termasuklah John Cena, yang saya rasa akan menyinar dalam filem ini,” katanya.
Sebelum ini, dua bintang wanita itu membuat kemunculan di dalam siri filem Fast & Furious pada 2017 sebagai Chipher dan Magdalene Shaw.
Tanpa The Rock, filem ini akan ditayangkan kepada umum pada Mei 2020